Apakah penjodoh bilangan untuk organ manusia? | Salam sejahtera, Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Untuk itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk organ manusia. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 11.04.2020 |
apakah penjodoh bilangan untuk pahat? | Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pahat kerana bukan semua perkataan boleh menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah pahat. Namun, penggunaan perkataan pahat tanpa penjodoh bilangan adalah betul. | Lain-lain | 13.10.2015 |
apakah penjodoh blangan bagi jin, syaitan dan malaikat? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam pangkalan data kami ada maklumat tentang penjodoh bilang jin dan syaitan, iaitu seekor tetapi tidak ada penjodoh bilangan bagi malaikat. | Tatabahasa | 21.06.2013 |
1. Dua ekor ayam. 2 Lima biji durian. Dalam frasa di atas ekor dan biji ialah penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan termasuk dalam golongan kata apa? Daripada 16 kata tugas, penjodoh bilangan tidak tersenarai. Apakah golongan kata bagi penjodoh bilangan? | Penjodoh bilangan tergolong dalam golongan kata nama yang berfungsi menjodohkan kata nama bilangan. Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Contoh: segugus bintang, seutas tali, sekapir sirih, dll. Sila lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 106. | Istilah | 11.07.2009 |
penjodoh bilangan yang tepat untuk tudung saji apa? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi tudung saji ialah sebuah. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk "banjaran?" | Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah sebuah, sebuah banjaran. Namun, penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah. | Tatabahasa | 04.01.2014 |
sepasang gunting atau sebilah gunting? | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Gunting tiada penjodoh bilangan yang khusus. Penjodoh bilangan yang paling hampir bagi gunting ialah sebilah. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Saya ada satu pertanyaan mengenai penjodoh bilangan.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk betik sekiranya betik itu dipotong.Adakah penggunaan penjodoh bilangan sepotong atau sejorong betik? terima kasih | Tiada penjodoh bilangan yang khusus untuk betik yang dipotong, begantung kepada jenis potongan tersebut. | Lain-lain | 13.03.2017 |
apakah penjodoh bilangan untuk CENDAWAN? apakah buku / rujukan yang boleh digunakan untuk rujukan bagi penjodoh bilangan. | Penjodoh bilangan bagi satu cendawan ialah sekuntum. Namun bukan semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Saudara boleh merujuk buku atau portal utusan pendidikan untuk merujuk penggunaannya yang boleh dicapai melalui laman web. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
Salam tuan/puan, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk gegelung? Buah/bentuk atau lain-lain yang lebih sesuai? Terima kasih. | Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. . Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Tiada maklumat dalam data kami berkenaan penjodoh bilangan gegelung. | Lain-lain | 23.11.2015 |