Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.jual] | ڤنجوال

Definisi : orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.jual] | ڤنجوال

Definisi : orang yg menjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjual

Peribahasa

388

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jangan buat kerbau tanduk panjang

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah tepat jika saya gunakan terjemahan bagi authorised reseller sebagai "penjual semula berwenang" Contohnya, Apple Authorised Reseller (Penjual semula Apple berwenang)

Cadangan terjemahan bagi authorised reseller yang sesuai ialah Penjual Berdaftar atau Penjual yang Sah.

Penyemakan dan penterjemahan22.09.2022
Pusat Penjual Ikan Hiasan dan Akuarium JM0935453-D NJ Aquatic & Lifestyle Dimiliki Oleh: NJ Aquatic LifestyleUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun bagi pelanggan baharu. Tatacara permohonan ada disediakan dalam laman web berkenaan. Sila baca dan teliti tatacara berkenaan.Lain-lain05.04.2021
Kakak Pengurus dan Mak Cik Penjual Pisang Goreng Puaka perlu menggunakan huruf besar atau kecil? Contoh ayat: Seram betul melihat muka si Kakak Pengurus. Ada iras-iras Mak Cik Penjual Pisang Goreng Puaka.Perkataan kakak pengurus dan mak cik penjual pisang goreng puaka tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkal perkataan kerana perkataan tersebut bukan kata nama khas. Tatabahasa09.04.2025
Saya ingin tanya samada frasa ini betul atau salah: Abu membayar harga kepada penjual itu atau Abu membayar wang kepada penjual itu. Harap tuan dapat membalas saya terima kasihMaksud "membayar" ialah memberi wang untuk harga barang yang diterima (untuk menyelesaikan hutang, sebagai upah kepada seseorang, dan lain-lain): Membayar gaji; Membayar hutang; membayar bil elektrik.
Ayat "Abu membayar harga kepada penjual itu" tidak betul.  Ayat "Abu membayar wang kepada penjual itu" juga tidak tepat.  Ayat yang sesuai ialah: Abu membayar makanan yang dibelinya di kaunter bayaran.
Lain-lain25.05.2017
Minta ejaan jawi untuk : PENJUAL KERETA Terima KasihEjaan Jawi bagi PENJUAL KERETA ialah ڤنجوال کريتا






 
Ejaan22.09.2021
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 4. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 5. TADIKA 6. PASAR MINI TERIMA KASIH.1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA:

ڤوست ممباءيقي ڤڽامن اودارا

2. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT ALAT GANTI DAN SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah ڤوست الت ݢنتي دان سرۏيس لوري دان بس

3. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PENJUAL ALAT GANTI DAN PUSAT SERVIS LORI DAN BAS. Teks jawinya ialah ڤنجوال الت ݢنتي دان ڤوست سرۏيس لوري دان بس   

4. Jika perkataan yang digunakan adalah untuk keterangan utama papan premis, perkataan yang paling tepat ialah PUSAT JUALAN DAN SERVIS LORI. Teks jawinya ialah ڤوست جوالن  دان سرۏيس لوري

5. TADIKA:

تاديکا

 6. PASAR MINI: 
  ڤاسر ميني

 

 

Ejaan05.12.2019
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA 2. PUSAT PENJUAL ALAT-ALAT GANTI, SERVIS LORI DAN BAS 3. PUSAT MENJUAL DAN SERVIS LORI 4. TADIKA TERIMA KASIH.1. PUSAT MEMBAIKI PENYAMAN UDARA KERETA = ڤوست ممبأيقي ڤڽامن اودارا كريتا
2. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL ALAT GANTI LORI DAN BAS = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال الت ڬنتي لوري دان بس
3. PUSAT SERVIS DAN PENJUAL LORI = ڤوست سرۏيس دان ڤنجوال لوري
4. TADIKA = تاديكا
Lain-lain10.12.2019
keliru dgn ayat serumpun..contoh soalan sekiranya soalannya berbunyi mak cik suraya membeli _________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani nak gunakan seikat atau serumpunMak cik suraya membeli seikat serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani.Tatabahasa15.08.2016
MOHON PANDANGAN DARI PIHAK TUAN, PENGGUNAAN BAHASA BERIKUT YANG MANA SESUAI BAGI DILETAKAN DI PAPAN IKLAN KEDAI KOMPUTER. 1. PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER 2. PUSAT SERVIS KOMPUTER 3. PENYELENGARAAN KOMPUTER 4. PENJUAL BARANGAN DAN AKSESORI KOMPUTER 5. MENJUAL BARANGAN DAN PERALATAN KOMPUTER 6. MENJUAL PERKAKASAN KOMPUTER 7. PENJUAL KOMPUTER 8. MENJUAL KOMPUTERPenggunaan bahasa Melayu yang betul bergantung pada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Sekiranya kedai tersebut menjual komputer dan tidak ada perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai ialah KEDAI KOMPUTER atau PENJUAL KOMPUTER. Sekiranya kedai tersebut hanya menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai digunakan ialah  PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER atau PUSAT SERVIS KOMPUTER.
Lain-lain13.10.2015
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang soalan di bawah: 1. Pakaian-pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal. (Bolehkah saya menggandakan KN dan KA dalam ayat ini?) 2. Dua ekor burung berterbangan di angkasa. ( Saya tahu berterbangan sudah membawa makna seperti subjek sudah dijamak, tetapi bolehkah saya meletakkan kata bilangan tentu pada subjek untuk menentukan bilangan jamak tersebut?). Harap pihak dbp boleh memberikan penjelasan yang jelas terhadap dua soalan tersebut, terima kasih.1. Penggandaan kata adjektif dan kata nama boleh digandakan dalam ayat yang digunakan namun ayat yang lebih betul ialah "Pakaian yang dijual oleh penjual itu mahal-mahal."
2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud berterbangan ialah  terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak atau berhamburan (ber­taburan) di udara. Maka ayat "Dua ekor burung berterbangan di angkasa" adalah betul 
Tatabahasa24.05.2023
123456789

Kembali ke atas