penolakan @penolakkan | Ejaan yang betul ialah penolakan. | Ejaan | 15.01.2009 |
PENOLAKAN TERDAPAT 1 'K' ATAU 2 'K' ? | Ejaan Penolakan mempunyai satu k kerana kata dasarnya "tolak" menerima imbuhan pe... dan ...an. | Ejaan | 08.11.2011 |
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penterjemahan suatu istilah yang saya lihat seperti disalahterjemah di dalam akhbar. Ini adalah contoh ayat dari sebuah akhbar tempatan: “KPM (Kementerian Pendidikan) akan pastikan hal ini tidak berulang lagi selari dengan pelaksanaan zero reject policy (dasar penolakan sifar) yang diumumkan baru-baru ini.” Apakah istilah Bahasa Melayu bagi "zero reject policy"? Saya lihat akhbar-akhbar tempatan menterjemahnya sebagai dasar penolakan sifar, yang pada pendapat saya agak mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan konteks kerana membawa maksud yang agak berbeza dengan apa yang dimaksudkan dalam situasi ini (situasi berkenaan seorang pelajar yang hampir tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana tidak mempunyai kad pengenalan). Tetapi mungkin pihak tuan/puan mempunya pendapat berbeza. Harap boleh bantu. Terima kasih. | "Zero reject policy" boleh diterjemahkan sebagai dasar penolakan sifar. | Istilah | 21.11.2018 |
"I'll be there in spirit" apakah terjemahan yang paling tepat bagi ayat ini. Konteksnya adalah menolak jemputan ke suatu majlis. | Salam sejahtera, Secara ringkasnya frasa di atas ialah penolakan untuk memenuhi undangan seseorang. Cadangan dalam bahasa Melayu yang boleh dicadangkan ialah ' saya berharap majlis tersebut berjalan dengan lancar'. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 12.06.2019 |
Permohonan pengesahan saya dengan tajuk "KEDAI DOBI TOBBY DOBBY" dengan teks dalam iklan "CUCIAN LAYAN DIRI 24 JAM" adalah tidak lulus tanpa memberi sebarang sebab dan cadangan. Bagaimana boleh saya membuat pembetulan sekiranya tiada sebab penolakan dan cadangan untuk pembetulan diberikan oleh pihak kamu? | Permohonan tuan telah diluluskan, sila kembali kepada domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 08.10.2015 |
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih. | Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada secara terperinci. | Makna | 10.06.2008 |