Tuan, soalan ini tentang Penggandaan Kata majmuk. `Penolong pendaftar`digandakan menjadi `penolong- penolong pendaftar`. Adakah `Penolong Kanan`( jawatan kedua penting selepas pengetua/guru besar di sekolah` harus digandakan menjadi `penolong-penolong kanan`.? | Frasa penolong kanan apabila digandakan menjadi penolong-penolong kanan. Dalam proses penggandaan kata majmuk kata pertama sahaja digandakan. Contoh lain ialah guru-guru besar, ketua-ketua jabatan, dsb. | Tatabahasa | 19.04.2009 |
manakah yg lebih sesuai_ nama jawatan penolong kanan pengarah, Unit... atau penolong pengarah kanan, Unit... penolong kanan setiausaha kerajaan atau penolong setiausaha kerajaan kanan | Sdr. Zahari, mengikut fahaman saya penolong kanan pengarah dan penolong kanan setiausaha kerajaan..... adalah lebih tepat kerana ia merujuk tugas yang dilaksanakan oleh penolong kanan itu sebagai penolong atau pembantu Terima kasih. | Tatabahasa | 02.12.2007 |
Assalamualaikum, Tuan bersama ini saya sertakan beberapa pertanyaan untuk mendapat jawapan. 1. Manakah cara mengeja yang tepat? Penolong Kanan Kokurikulum atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum atau Penolong Kanan KoKurikulum. 2. Mohon tuan berikan makna kata dialek Minang di bawah dalam bahasa Melayu Baku. di ma ati ka rusuah di ma ati indak ka maupek awak ta kicuah capang capeh tiok sabanta Untuk pengetahuan tuan melalui carian internet saya mendapat jawapan, tetapi masih ragu kewibawaan pihak berkenaan, kebanyakan daripada blogger. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Penolong Kanan Kokurikulum 2. Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, sila rujuk persatuan atau individu yang berkaitan seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
DI DALAM TEKS UCAPAN RASMI, KITA SEPATUTNYA SEBUT NAMA INDIVIDU DAHULU, ATAU NAMA JAWATAN DAHULU. CTH: YANG DIHORMATI EN. JAMAL ROSLAN, PENOLONG KANAN 1... ATAU YANG DIHORMATI PENOLONG KANAN 1, EN. JAMAL ROSLAN...? TERIMA KASIH. | Mengikut standard dalam penulisan teks ucapan sepatutnya nama jawatan dahulu dan seterusnya nama yang berkenaan. Harap maklum. | Lain-lain | 29.10.2007 |
Apakah panggilan kehormat yang betul bagi Pengetua, Guru Penolong Kanan. Selama ini kita guna Yang Berusaha tetapi ada pula pegawai jabatan yang memberitahu guru-guru bahawa panggilan yang betul bagi Guru Penolong Kanan ialah Yang Berbahagia. Saya rasa salah. Minta penjelasan. Terima kasih. | Panggilan kehormat yang sesuai untuk orang yang dihormati termasuklah guru, ketua jabatan dan sebagainya ialah Yang Dihormati. Rujukan kehormat Yang Berbahagia ditujukan kepada orang yang bergelar seperti penerima anugerah daripada sultan, pembesar negeri, kelulusan dlm pendidikan, mencapai jawatan keagamaan yang tinggi dan sebagainya. Rujukankehormat Yang Berusaha ditujukan kepada pegawai kanan kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa gelaran. | Lain-lain | 18.01.2009 |
Yang manakah betul? Kursus Transformasional Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-sekolah (Sekolah-Sekolah) Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam (Dalam) Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Soalan saya, Adakah kata ganda jika digunakan sebagai tajuk mesti ditulis dengan huruf besar untuk setiap perkataan? Adakah kata hubung mesti ditulis dalam huruf besar jika di dalam tajuk (Kata Nama Khas)? Terima kasih. Rozita Yusuf | Ayat yang betul ialah Kursus Transformasi Guru Penolong Kanan 1 Sekolah-Sekolah Kebangsaan Kulaijaya Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara. Penggunaan kata ganda dalam tajuk ditulis dengan huruf besar, manakala kata sendi ditulis dengan huruf kecil. | Lain-lain | 12.07.2010 |
Saya ingin mengetahui ejaan rancangan pendidikan individu (RPI) dan guru penolong kanan pentadbiran (GPK1) perlu ditulis dengan setiap permulaan perkataan itu dengan huruf besar. saya keliru kerana ada yang menyatakan frasa itu merupakan kata nama khas. namun, saya rasakan itu adalah kata nama am kerana merujuk mana-mana rancangan dan guru. | Kami berpandangan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) ialah kata nama khas kerana rujukan khusus pada sesuatu program atau jawatan. | Tatabahasa | 24.03.2015 |
Saya sedang menyiapkan tesis Master di UPM. Masalah saya ialah mengenai tajuk tesis yang dicadangkan oleh penal pemeriksa. Tajuk yang dicadangkan ialah : "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PERSEKITARAN SEKOLAH DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH" tajuk saya ialah "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH". Oleh itu saya minta jasa tuan bagi menentukan tajuk yang manakah lebih tepat. | Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada kajian yang dijalankan. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
siapakah yang layak digelar Yang Berusaha dalam acara rasmi? Adakah dengan kehadiran Pengetua dalam majlis maka gelaran Yang Berusaha hanya untuk beliau sahaja? Adakah Penolong Kanan layak dipanggil Yang Berusaha dalam majlis tersebut atau sekadar Gelaran Yang Dihormati? | Bagi sapaan Yang Berusaha adalah untuk individu yang menjadi penganjur atau penggerak sesuartu acara tersebut. Kalau acara itu dikendalikan oleh Penolong Kanan, maka beliau layak diberi sapaan Yang Berusaha. Manakala kehadiran Pengetua, sapaan yang sepatutnya kepada beliau ialah Yang Dihormati. | Lain-lain | 07.05.2008 |
Penggunaan perkataan 'perutusan'; Hanya untuk orang besar shaja? Bolehkah jika digunakan utk Guru Besar / PK? Contoh: Perutusan daripada Guru Besar/Perutusan daripada Penolong Kanan. Berikan alasan dan contoh. Sekian, terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perutusan ialah kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim perutusan kepada Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yzng (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja perutusan idea bahkan nilai-nilai etos yang penting; 4. ucapan orang besar pada hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dalam perutusan tahun barunya. Perutusan boleh digunakan oleh guru besar dan penolong kanan kerana perkataan tersebut sinonim dengan amanat, pesanan. | Makna | 13.02.2013 |