Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu jawatan Penolong Setiausaha dipanggil sebagai apa didalam bahasa inggeris bagi perkhidmatan kerajaan?Istilah Penolong Setiausaha dalam bahasa Inggeris ialah Assistant Secretary.Istilah18.03.2011
Mana lebih kanan mengikut urutan antara Penolong Setiausaha dengan Ahli Jawatankuasa?Yang paling kanan ialah Penolong SetiausahaLain-lain06.10.2021
Untuk membina ayat contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan memangku P.T.D. Gred M44 dengan bayaran elaun memangku. Soalan: Tolong maklumkan penggunaan perkataan manakah yang lebih sesuai: dengan bayaran elaun memangku atau dengan dibayar elaun memangku. Sekian. terima kasih.

Tuan,

Frasa ayat yang tepat ialah:

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Setiausaha memangku P.T.D. Gred M44 dengan dibayar elaun memangku.....

Tatabahasa07.04.2009
manakah yg lebih sesuai_ nama jawatan penolong kanan pengarah, Unit... atau penolong pengarah kanan, Unit... penolong kanan setiausaha kerajaan atau penolong setiausaha kerajaan kananSdr. Zahari, mengikut fahaman saya penolong kanan pengarah dan penolong kanan setiausaha kerajaan..... adalah lebih tepat kerana ia merujuk tugas yang dilaksanakan oleh penolong kanan itu sebagai penolong atau pembantu Terima kasih.Tatabahasa02.12.2007
Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih.Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com.Istilah25.01.2018
DALAM SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA, NAIB PENGERUSI ATAU PENOLONG PENGERUSI YANG SESUAI UNTUK DIGUNAKAN?

Tidak ada perbezaan yang ketara dari segi bahasa bagi penggunaan perkataan “Naib Pengerusi” dan “Penolong Pengerusi”. “Naib Pengerusi” bermaksud pembantu kepada pengerusi. Perkataan “penolong” pula digunakan di hadapan nama jawatan untuk menunjukkan gred yang lebih rendah daripada jawatan yang dinyatakan. Contohnya, Penolong Setiausaha. Perkataan “penolong” juga membawa maksud orang yang membantu ketuanya. Contoh penggunaannya, penolong ketua pengawas.

Perbezaan penggunaan nama jawatan dan hierarki jawatan tertakluk pada sesebuah organisasi atau pertubuhan yang menggunakannya. Walau bagaimanapun, perkataan “Naib Pengerusi” telah mantap penggunaannya dan digunakan secara meluas, namun penggunaannya haruslah bersesuaian dengan situasi dan hierarki, seperti yang dinyatakan di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 1513 dan 2393.

Lain-lain09.06.2025
Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua?

Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain.

dipertua  -  orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain)

pengerusi  -  ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain.

2) Apakah perbezaaan  antara timbalan dan naib? 
timbalan -  ialah penolong ketua dan lain-lain
naib   -  ialah pengganti atau wakil

3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat?

setiausaha  - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan.

setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak  diberi gaji atau upah.

4) Apakah perbezaaan  antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat?

bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain.

bendahari kehormat -  pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar

5) Apakah perbezaaan  antara lajnah dan unit?

lajnah  -  sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu per­tubuh­an dan lain-lain, jawatankuasa kerja.

unit -  bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri.

6) Apakah perbezaaan  antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif?

ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya)

majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk  Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Lain-lain27.12.2019

Kembali ke atas