Antara dua ayat berikut, ayat manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? a) Penonton-penonton terpesona dengan persembahan tradisional itu. b) Penonton- penonton terpesona oleh persembahan tradisional itu. | Kata sendi nama yang betul ialah oleh/akan. Penonton- penonton terpesona oleh/akan persembahan tradisional itu. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
Yang mana betul semua penonton atau para penonton? | Para penonton bermaksud ramai penonton manakala semua penonton bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap penonton. Semua penonton dan para penonton, kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 16.08.2017 |
Ribuan orang penonton atau ribuan penonton? Terima kasih | Frasa yang tepat ialah ribuan penonton. Jika "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton. | Tatabahasa | 05.08.2014 |
Ayat yang mana betul? 1. Para penonton bersorak-sorai.... 2. Para penonton bersorak.... 3. Penonton bersorak-sorai... Terima kasih. | Semua ayat di atas betul. | Tatabahasa | 07.01.2010 |
ramai penonton atau banyak penonton? TQ | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Ramai penonton meyaksikan perlawanan bola di Stadium Bukit Jalil pada hari semalam" adalah betul. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Penonton berasak untuk membeli tiket wayang. Ada apa-apa kesalahan ? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Mohon semakan terjemahan ayat di bawah This program contains material that may be disturbing to some viewers. Viewer discretion is advised. Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Budi bicara penonton dinasihatkan. Terima kasih | Ayat yang lebih gramatis ialah Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.10.2017 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? Jika tidak, tolong berikan ayat yang betul. Terima kasih. (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (5) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali untuk Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan camera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Berikut merupakan ayat yang betul: (1) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan fasih dan menarik di atas pentas. (2) Amy yang mahir bercerita sedang bercerita dengan lancar dan menarik di atas pentas. (3) Amy yang mahir bercerita sedang mempersembahkan ceritanya dengan lancar dan menarik di atas pentas. (4) Penonton-penonton memberikan tepukan yang gemuruh sekali kepada Amy. (6) Seorang jurugambar sedang mengambil gambar Amy yang sedang bercerita menggunakan kamera. (7) Tiga orang pengadil sedang menyaksikan persembahan Amy sambil memberi markah. (8) Terdapat banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. (9) Banyak hamper dan piala dipamerkan di atas meja sebagai hadiah untuk pemenang-pemenang pertandingan bercerita. | Tatabahasa | 29.07.2014 |
para penonton diminta duduk supaya tidak kelihatan sumbang. (tuan, sumbang adalah salah dan patut digantikan dengan perkataan apa? tq | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sumbang bermaksud 1. tidak sedap didengar atau dilihat (bkn bunyi, perbuatan dll); janggal 2. tidak betul perbuatannya; salah; silap 3. tidak mengikut adat kesopanan atau tidak mengikut adat kebiasaan (spt melakukan zina dll). Perkataan sumbang boleh digantikan dengan perkataan lain, misalnya janggal, pelik, dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaannya. | Makna | 09.09.2011 |
Salam sejahtera. Ayat-ayat yang berikut betul atau salah. Jika salah, tolong betulkan. Terima kasih. (1) Para penonton bertepuk tangan dengan gemuruh. (2) Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli. | Contoh ayat yang betul ialah "Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Rosli". Contoh ayat nombor satu tidak tepat kerana kata sendi dengan tidak disesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi dengan membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. | Tatabahasa | 21.06.2019 |