Persijilan @ Pensijilan | Pensijilan | Lain-lain | 06.03.2007 |
Salam, saya ingin mendapatkan definasi perkataan PENSIJILAN. Terima kasih. | Pensijilan bermaksud pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan. | Ejaan | 27.09.2012 |
Manakah yang betul: Seksyen Audit Dan PENsijilan atau Seksyen Audit Dan PERsijilan? Seksyen ini menjalankan kerja-kerja audit, meluluskan dan mengeluarkan sijil-sijil Skim Pensijilan Jabatan. | Salam sejatera, Seksyen Audit dan Pensijilan. | Ejaan | 07.12.2012 |
Pensijilan atau Persijilan? Cuba masuk carian kata, ada error. Terimakasih. | Ejaan yang betul ialah pensijilan. | Ejaan | 23.12.2008 |
Terjemahan untuk "certification", "pensijilan" atau "persijilan"? | Padanan bahasa Melayu bagi certification ialah pensijilan. | Ejaan | 25.10.2013 |
Apakah beza pensijilan dan persijilan? | Persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian persijilan, Manakala pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan. | Makna | 16.09.2019 |
Terdapat percanggah pendapat antara pengguna bahasa dari segi maksud PENSIJILAN dan PERSIJILAN terutama dalam konteks penggunaan. Bolehkah pihak tuan berikan sedikit penjelasan dan memberi contoh perbezaan terutamanya dari segi penggunaannya. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, yang ada ialah pensijilan bukan persijilan. Imbuhan "peR---an" menjadi Persijilan tidak boleh merujuk perihal sijil, oleh itu imbuhan "peN----an" yang betul menjadi pensijilan, iaitu pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dan sebagainya yang dikehendaki atau ditetapkan, contoh sistem pensijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. | Tatabahasa | 20.11.2009 |
Apakah perbezaan perkataan PERsijilan dan PENsijilan dan contoh penggunaannya dalam ayat? Daripada bacaan saya dalam meni carian kata, kedua-duanya seperti sama sahaja. Mohon penjelasan. | Perkataan yang betul ialah pensijilan, iaitu pemberian atau penganugerahan sijil. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
Tuan, Saya Mohammad Haikal Bin Omar dari Bank Simpanan Nasional memerlukan bantuan pihak DBKL untuk membuat "tagline" bagi Jabatan saya. Untuk makluman kami baru memperolehi Pensijilan ISO 9001:2008. Bantuan dari pihak tuan diperlukan untuk memberi "tagline" bersesuaian dengan pensijilan ini. Cadangan sedia ada dari saya adalah :- a. Kami Adalah Organisasi ISO 9001:2008 b. Kami Komited Dengan Pensijilan ISO 9001:2008 Jasa baik tuan untuk perkara ini amat saya hargai. Sekian Terima Kasih | Slogan organisasi saudara bergantung pada konsep dan gagasan, misi atau visi organisasi saudara sendiri. Pihak kami cuma membetulkan dari aspek tatabahasa sahaja. | Lain-lain | 04.11.2011 |
Apa beza persijilan dengan pensijilan? | pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan | Tatabahasa | 05.04.2011 |