Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penstriman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk "video streaming", "audio streaming" dan yang sewaktu dengannya?

video streaming - penstriman video

audio streaming - penstriman audio

Istilah09.07.2011
Saranan terjemahan DBP dalam istilah "over the top" media platform service? Dalam talian wikipedia menggunakan terjemahan "perkhidmatan media lepas pelantar" dan "perkhidmatan media penstriman". Terima kasihCadangan padanan bagi istilah over-the-top dalam bahasa Melayu ialah olak titipan atau orak titipan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.


Istilah02.02.2024
Apa terjemahan 'video streaming' yang membawa maksud tayangan video terus melalui internet tanpa perlu dimuat turun fail video itu?Kami mencadangkan video streaming diterjemahkan sebagai "penstriman video".Istilah27.08.2022
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Istilah "clickstream data" merujuk kepada maklumat mengenai aktiviti dalam talian seseorang pengguna. Maklumat ini menunjukkan tapak web yang dilawati oleh seseorang pengguna, laman mana yang telah dilihat olehnya pada tapak itu, berapa lama masa yang diluangkan pada setiap laman dan pautan seterusnya yang diklik olehnya. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "clickstream data"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

clickstream data - data penstriman klik

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain26.07.2021
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul)
 
2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my.
TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my.


3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman  langsung.
Tatabahasa17.01.2013

Kembali ke atas