Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.taf.si.ran] | ڤنتفسيرن

Definisi : perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pentafsiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar?

  Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7.     

Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara.           

Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka.

Lain-lain15.05.2010
saya hendak tahu makna sebenar perkataan perspektif(perspéktif) 1. cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dll pd permukaan yg rata sebagaimana yg kelihatan dr sesuatu tempat pd mata seseorang; 2. pandangan (pentafsiran) yg wajar bkn sesuatu dgn memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm hubungan keseluruhannya: logika dan ~ amat penting dlm menghadapi hal ini; oleh yg demikian ~ latihan hendaklah dilihat dr sudut lain.Makna24.10.2007
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011

Kembali ke atas