kata manakah yang harus digunakan "pentaksir" atau "penaksir" untuk situasi berikut. Assalamualaikum kepada guru "pentaksir" bahasa Melayu dan rakan-rakan . atau Assalamualaikum kepada guru "penaksir" bahasa Melayu dan rakan-rakan. sekian, terima kasih. | Pentaksir dan penaksir mempunyai makna yang sama. Kedua-dua perkataan ini diterima pakai. Cuma, adakah perkataan guru penaksir digunakan dalam profesion perguruan? | Makna | 30.04.2011 |
Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan [pelantikan] dan [perlantikan]. Adakah penggunaan perkataan [perlantikan] sama maknanya dengan pelantikan atau perkataan [perlantikan] tidak boleh diguna pakai untuk tujuan melantik seseorang untuk memegang jawatan tertentu? Contoh : Pelantikan sebagai pentaksir sekolah ATAU Perlantikan sebagai pentaksir sekolah? | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-... seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikan sebagai pentaksir sekolah. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
accessors | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dikemukakan ialah jurutaksir atau pentaksir. Ejaan dalam bahasa Inggeris ialah assessor. | Istilah | 27.07.2007 |
Tuan/Puan, TERJEMAHAN “REAL ESTATE NEGOTIATOR” DI DALAM BAHASA MALAYSIA Merujuk kepada perkara di atas dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) seperti dalam lampiran 1. 2. Kami dari Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin merujuk dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apakah maksud sebenar terma “Real Estate Negotiator” di dalam Bahasa Malaysia. Sebarang jawapan dan maklumbalas daripada pihak tuan didahuli dengan ucapan terima kasih. | Tuan, Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'REAL ESTATE NEGOTIATOR' ialah 'PERUNDING HARTA TANAH'. Terima kasih. | Makna | 26.02.2021 |
Perlantikan atau pelantikan yang betul. Terima kasih | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-...seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikansebagai pentaksir sekolah. | Lain-lain | 21.12.2017 |