Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.tas] | ڤنتس

Definisi : 1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2 lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.. nak tanya istilah dalam bahasa melayu sesuai bagi backdrop (hiasan di pentas papan pentas)Padanan bahasa Melayu bagi istilah backdrop ialah tirai latar, latar pentas atau tirai belakang.Istilah02.04.2007
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
Adakah ayat ini betul? Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas.Jawapan "Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas" adalah betul. Namun, jawapan yang lebih sesuai ialah   "Beberapa orang murid sedang menampal Jalur Gemilang pada dinding pentas", kerana perkataan "pada dinding pentas"  biasanya merujuk "pada bahagian dinding pentas tersebut".Tatabahasa31.03.2013
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI.Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut.Lain-lain02.05.2007
1. Murid-murid ( menghiasi / menghiaskan / menghias ) pentas dengan kain dan bunga hiasan. 2. Ahli bomba ( mengguna / menggunakan ) kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta.

1. Murid-murid menghias pentas dengan kain dan bunga hiasan. - menghias, bermaksud menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain)

2. Ahli bomba menggunakan kapak untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta. - menggunakan, bermaksud melakukan sesuatu dengan ____ .

Tatabahasa30.09.2010
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan

1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah).

2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis.

 

Tatabahasa31.03.2011
floor managerpengurus pentasLain-lain21.11.2008
Salam.. apa maksud tablorama? tqlakonan pentas atau drama yang pelakon-pelakonnya tidak bercakap.Lain-lain25.09.2007
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih.Berikut ayat-ayat yang telah dipinda.

1. Dia tersenyum  apabila disapa.
2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas.
 3. Selitkan surat ini di bawah pintu.
4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja.
5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya.
6. Mereka sepakat dengan saya.
 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri.
8. Simpulan tali itu telah longgar.
9. Tembakan itu sipi.
10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma.
Tatabahasa13.03.2013
Saya adalah aktivis puisi tepi jalan. Sudah beberapa kali mencetak buku sendiri. Pernah berkongsi pentas sama manusia-manusia sehebat Pak Samad, Rahmat Haron, Pyan Habib dan Meor. Saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat peluang menerbitkan buku lewat saluran formal. Harap dibantu.Karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, untuk terbitan majalah, tetapi jika saudara ingin menerbitkan dalam bentuk buku, sila hantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera di alamat yang sama.Lain-lain06.05.2009
123

Kembali ke atas