Penggunaan perkataan 'Ternakan', 'Penternakan', 'Asuhan' dan 'Pengasuhan'. 1. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Ternakan' atau 'Penternakan'? Udang galah merupakan komoditi akuakultur yang mempunyai potensi pasaran yang besar. Namun, industri ternakan/penternakan udang galah menghadapi masalah bekalan benih yang berkualiti yang sesuai untuk diternak. 2. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Asuhan' atau 'Pengasuhan'? Terdapat juga pengusaha yang menjalankan aktiviti asuhan/pengasuhan benih di dalam tangki simen, tangki plastik, tangki polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih. | Perkataan yang betul untuk contoh ayat yang diberikan ialah “penternakan” dan “pengasuhan”.
| Tatabahasa | 21.04.2022 |
Mana yang betul "sangkar ternakan ikan" atau "sangkar penternakan ikan"? | Frasa yang betul ialah ‘sangkar penternakan ikan’. Kata ‘penternakan’ bermaksud perbuatan atau hal menternak binatang, manakala kata ‘ternakan’ bermaksud binatang yang dipelihara. | Tatabahasa | 30.01.2019 |
1. Apakah perbezaan di antara pertanian dan perladangan ? 2. Penternakan termasuk dalam kategori pertanian atau perladangan? | Pertanian membawa maksud yang luas merangkumi perladangan, penternakan dan penanaman. Oleh itu penternakan itu di bawah pertanian. | Makna | 11.05.2016 |
Datuk mengusahakan penternakan lembu fidlot Adakah perkataan fidlot tersebut adalah betul di dalam bahasa melayu? | Ejaan yang betul ialah fidlot | Ejaan | 11.05.2020 |
Projek ternakan ayam atau projek penternakan ayam? | Frasa yang betul ialah projek penternakan ayam. | Tatabahasa | 13.03.2015 |
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTERNAKAN KHINZIR MENGIKUT BAHASA KAMUS DEWAN BAHASA? | PENTERNAKAN : perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; KHINZIR : babi. | Makna | 03.02.2009 |
maksud spesifikasi teknologi penternakan kambing | Saudara, Untuk maklumat tentang perkara berikut, sila layari laman sesawang Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, www.moa.gov.my. | Lain-lain | 07.11.2010 |
Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan bagi istilah-istilah berikut? 1. Calf Restraints 2. Calving Chains & Ropes 3. Calf Halter (Bidang: Penternakan Lembu) Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Calf Restraints - Pengekang Anak Lembu 2. Calving Chains & Ropes - Rantai dan Tali Anak Lembu 3. Calf Halter - Tali Kajai Anak Lembu | Istilah | 03.03.2016 |
apakah maksud industri asas tani merujuk kamus dewan berserta halaman? | Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai industri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan. | Lain-lain | 12.07.2010 |
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini? | Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan. | Lain-lain | 23.11.2006 |