Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, ayat yang mana lebih tepat: i. Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini. ii. Dakwah terhadap mualaf amat penting pada zaman ini. Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini.Tatabahasa28.04.2023
Salam sejahtera, Saya telah menterjemahkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan. i. Education For Democratic Citizenship (Pendidikan Ke arah Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship. (Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting dalam Pendidikan Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) iii. A strong sense of social belonging and civic engangement (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat)? atau (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan sivik) Mohon pencerahan dalam penggunaan bahasa di atas. terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
i. Education For Democratic Citizenship - Pendidikan untuk Kewarganegaraan Demokrasi
ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship - Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting Kewarganegaraan Demokrasi
iii. A strong sense of social belonging and civic engagement - ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat
Penyemakan dan penterjemahan23.06.2016
Assalamualaikum, Bolehkah ayat dimulakan dengan "yang", contohnya, "Yang penting, kita mesti sepakat...."Ayat boleh dimulai dengan kata hubung pancangan relatif yang. Ayat Yang penting kita mesti sepakat betul. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252. Dua contoh lain penggunaan yang pada awal ayat adalah seperti yang berikut:
(i)  Yang berjaja kain itu jiran saya.
(ii) Yang indah itu bahasa
Tatabahasa14.12.2018
Assalamualaikum Tuan, Saya ucap jazakumullahu khairan atas perkhidmatan yang baik ini. Seterusnya ada satu penambahbaikan yang penting berkaitan huraian perkataan-perkataan tertentu yang ada hubungkait yang khusus dengan junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ , contohnya perkataan UMMI sepertimana dalam lamanweb, "ummi II Ar tidak berpendidikan (orang yg buta huruf): Nabi Muhammad ialah seorang ~; " kalau guna ayat contoh tentang Nabi ﷺ maka hendaklah jaga Adab berkaitan Nabi, kerana pembaca akan merasa ada elemen merendahkan khususnya bila bagi contoh tentang nabi setelah menulis tidak berpendidikan, perlu jelaskan disitu bahawa Nabi dididikan oleh Allah ﷻ sendiri, dan bahawa sifat Ummi (buta huruf) pada orang lain adalah kekurangan tapi pada Nabi adalah kesempurnaan serta mukjizat kerana ilmu Nabi yang sempurna.Terima kasih kerana memberikan cadangan pembaikan takrif bagi kata pinjaman, khususnya bahasa Arab. Kami mengambil maklum berkaitan hal tersebut. Sebagai tambahan maklumat, sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Makna17.07.2023
Adakah "yang" boleh diletakkan pada awal ayat? Contoh: Yang penting, dia telah melakukannya.

Kata majmuk pancangan relatif "yang" boleh digunakan pada permulaan ayat. Dalam bahasa Melayu perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif, tetapi digunakan juga sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang. Ini dapat dilihat dalam contoh yang berikut:

1.    i. Warna yang merah itu warna kegemaran adik saya. atau Yang merah itu, warna kegemaran adik saya.

2.    iiMereka yang rajin dan berusaha selalunya berjaya. atau Yang rajin dan berusaha, selalunya berjaya.

Tatabahasa18.11.2020
Salam, Sila menerangkan apakah maksud "Kaduk naik junjung" dan menerangkan sama ada peribahasa tersebut boleh bermakna i. seorang yang keji atau dibenci yang lupa akan tempatnya di dalam masyarakat dan telah menjadi sombong setelah memegang jawatan awam; ii. seorang individu yang sombong dan bongkak setelah dilantik atau dinaikkan kepada jawatan yang penting Adakah peribahasa ini boleh digunakan dalam konteks fitnah (defamation)?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menakrifkan peribahasa "kaduk naik junjung" sebagai orang hina merasa dirinya mulia.Tatabahasa22.09.2014
Dalam pembinaan ayat selepas nombor roman adakah ditulis huruf besar atau huruf kecil. Sebagai contoh seperti di bawah. Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah : i. merobohkan bangku konkrit; ii. membina tandas baharu iii. mengalihkan tiang gol ; dan iv. membina pejalan kaki. Mohon komen cara penulisan saya di atas adakah betul atau salah. Juga mohon diperbetulkan jika salah.

Penggunaan huruf besar dan kecil pada pangkal ayat selepas nombor roman bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Bagi contoh yang diberikan, huruf pada pangkal ayat menggunakan huruf kecil kerana ayat tersebut membahagikan satu ayat yang sama kepada beberapa bahagian.

Oleh yang demikan, kami mencadangkan susunan ayat seperti yang berikut:

Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah

i.  merobohkan bangku konkrit,
ii. membina tandas baharu,
iii. mengalihkan tiang gol, dan
iv. membina laluan pejalan kaki.

Manakala, huruf besar pada pangkal ayat digunakan dalam bentuk isi penting (point form), seperti contoh yang berikut:

Senarai jabatan/bahagian yang terlibat adalah seperti yang berikut:

i. Jabatan Pengurusan Personel.

ii. Jabatan Dasar.

iii. Bahagian Pentadbiran Am.

iv. Bahagian Penguatkuasaan.

 

Lain-lain06.08.2025
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal  pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal.

Manakala bagi soalan:

2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi.

Makna26.02.2009
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul.Tatabahasa15.05.2010
apa jenis kata digunakan selepas "secara"?kata nama atau kata adjektif. apakah maksud "secara"? saya merasai kegunaan "secara" persis kegunaan adverb yang terdapat dalam bahasa inggeris. mengapakah frasa "secara kritikal" adalah salah, manakala yang betulnya ialah "secara kritis" terima kasih

Perkataan “secara” merupakan kata adverba, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Perkataan ini boleh hadir di hadapan atau di belakang frasa.

Perkataan “kritikal” bermaksud (i) berkenaan kesihatan, situasi dan lain-lain, (ii) sangat penting dalam menentukan hasil yang akan diperoleh, (iii) berkenaan sikap seseorang (tajam dalam memberikan teguran, pandangan dan sebagainya terhadap sesuatu atau seseorang) dan (iv) bersifat mengkritik atau mengandungi kritikan terhadap sesuatu atau seseorang. Manakala kritis pula bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu dan perlu menimbangkan baik buruknya terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, penggunaan yang betul dalam konteks frasa yang diberikan ialah “secara kritis”.

Tatabahasa09.12.2021
12

Kembali ke atas