Pada awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. ATAU Di awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. Di antara kedua-dua ayat tersebut manakah yang lebih tepat | Penggunaan yang betul ialah Pada awal penubuhan, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. | Tatabahasa | 12.01.2017 |
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak? | Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan. | Lain-lain | 12.11.2007 |
berapakan bilangan jurnal (BM/BI) yang diterbitkan oleh DBP sejak daripada penubuhannya. Bolehkah saya mendapatkan data tentang jurnal yang diterbitkan oleh DBP? | Jurnal yang diterbitkan oleh DBP Jurnal Bahasa( Bahasa Melayu) Kanun( Bahasa Melayu) Malay Literature( Bahasa Inggeris) Perisa(Bahasa Melayu)* Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu( Bahasa Melayu)* * Jurnal ini tidak lagi diterbitkan | Lain-lain | 08.04.2010 |
Apakah peranan DBP dalam memperkembangkan bahasa Melayu ? Apakah sumbangan-sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu sejak penubuhannya ? | Soalan sdr ini berbentuk tugasan yang diberikan oleh Pensyarah atau guru. Untuk makluman sdr. perkhidmatan KNDBP tidak menyelesaikan tugasan para pelajar. Hal ini bererti soalan sdr tidak termasuk dalam skop perkhidmatan ini. Akan tetapi, sdr dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik.Akan tetapi, sdr dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh sdr rujuk. | Lain-lain | 05.05.2008 |
peranan dbp secara terperinci | Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu. Sekiranya sdr ingin maklumat yang lebih terperinci, sdri perlu mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. | Lain-lain | 20.07.2008 |
Apakah sumbangan dewan bahasa dan pustaka terhadap pembinaan Bahasa Melayu? | Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. Bagi maksud penggunaan bahasa Melayu dan bahasa malaysia, selagi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, bahasa Melayu masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu masih kekal. Namun, bagi maksud komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping bahasa Melayu. Sekiranya sdr ingin maklumat yang lebih terperinci, sdri perlu mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. | Lain-lain | 04.06.2008 |
Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan bahasa melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka banyak memberikan sumbangan dalam perkembangan bahasa Melayu dari awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Antaranya ialah pedoman ejaan baru, pedoman pembentukan istilah, penataran bahasa, penyelarasan garis panduan, pemantauan bahasa dan banyak lagi. | Lain-lain | 22.08.2006 |
apakah peranan DBP dalam pengantarabangsaan bahasa melayu? bagaimanakah caranya? apakah peranan MABM? peranan pihak-pihak kerajan? | Sumbangan DBP dalam pembinaan bahasa Melayu telah bermula selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP juga turut menyebarkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa khususnya melalui MABM. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 27.12.2008 |
Dalam Tatabahasa Dewan, menyatakan bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Adakah hal ini merangkumi kedua-dua kata pemeri ialah dan adalah? Ini kerana contoh yang diberikan hanya bagi kata pemeri adalah. Saya sering mendapati kata pemeri ialah diikuti dengan kata kerja, misalnya: 1) Matlamat penubuhannya ialah menerbitkan bahan … (adakah ini salah?) Bagaimana pula dengan kata pemeri yang diikuti dengan hubung yang? Bangunan ini ialah yang tertinggi di kawasan bandar. (adakah ini betul?) Terima kasih. | Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.263) Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Ayat yang diberikan sebagai contoh: Matlamat penubuhannya ialah menerbitkan bahan. Dari sudut gramatisnya ayat ini adalah salah. Ayat yang betul ialah: Matlamat penubuhannya adalah untuk menerbitkan bahan. Pemeri "adalah" diikuti dengan kata sendi "untuk". Ayat: Bangunan ini ialah yang tertinggi di kawasan Bandar. Penggunaan kata pemeri "ialah" dalam ayat ini tidak betul kerana "ialah" harus diikuti dengan kata nama sedangkan "yang tertinggi " itu ialah frasa adjektif. Kata pemeri yang sesuai ialah "adalah". | Lain-lain | 14.05.2014 |
apakah peranan DBP dalam perancangan bahasa? | Sumbangan DBP dalam perancangan bahasa telah bermula selepas penubuhannya pada tahun 1956. DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP juga turut menyebarkan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa khususnya melalui MABM. Sila rujuk laman web DBP dan Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 01.06.2010 |