Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.lis] | ڤنوليس

Definisi : 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.lis] | ڤنوليس

Definisi : 1 orang yg menulis. 2 pengarang sesuatu hasil sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
di manakah saya boleh mendapatkan senarai lengkap maklumat penulis-penulis india di malaysia dan hasil karya mereka?Senarai lengkap maklumat penulis-penulis India di Malaysia dan hasil karya mereka, boleh di rujuk melalui Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), di alamat No. 27, Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sdr. boleh layari e-mel dan blog Kavyan: uthayasb@yahoo.com.my dan www.uthayasb.blogspot.com serta no telefon bimbit: 016 - 3288142 dan 012 - 3368142. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya.    Lain-lain25.05.2010
Apakah maksud penulis muda ? Adakah penulis yang baru menulis ? atau adakah penulis yang telah melibatkan diri mereka sejak tahun 90-an hingga sekarang ?

Penulis muda dikategorikan mengikut hasil karyanya. Sekiranya seseorang penulis sentiasa menghasilkan karya untuk golongan muda, maka penulis itu dianggap penulis muda. Penulis yang baru menulis tidak semestinya bergelar penulis muda jika karyanya untuk pembaca umum dewasa. Jadi, penulis yang berkarya semenjak tahun 1990-an dianggap penulis muda jika karyanya sentiasa untuk golongan muda. 

Lain-lain05.05.2008
salam, 1. bagaimanakah untuk saya menghubungi penulis-penulis seperti A. samad Said, Zaharah Zawawi dan Jamilah Alias?

Waalaikumusalam wbk. Alamat perhubungan bagi tiga orang penulis yang diperlukan iaitu:

1.   SN Datuk A. Samad Said, Lot 4-9-6, Pangsapuri Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur.

2.   Zaharah Nawawi, No. 53, Jalan USJ 4/1F, UEP, Subang Jaya, 47600 Petaling Jaya, Selangor D/Ehsan.

      Alamat e-mel beliau ialah nemoku@tm.net.my.  

3.  Jamilah Alias, No 8 - 3C, KM 1, Jalan Simpang 3, 45800 Jeram, Selangor D/Ehsan.

Dalam hal ini, pada kebiasaannya no telefon penulis di atas tidak dapat disertakan kerana tidak mendapat keizinan daripada penulis tersebut.

 Sekian, teima kasih dan wassalam.

Lain-lain26.06.2010
saya ingin mendapat koleksi sajak dari penyair-penyair kelantan dan biodata mereka

Sila merujuk bahan ini :

Sempadan abadi : antologi puisi Persatuan Penulis-penulis Kelantan

Direktoti Penulis Kelantan

Lain-lain23.12.2008
saya berharap pertandingan sajak dapat digiatkan semula.saya adalah pelajar smskt yang berminat dalam bidang sastera khususnya dalam bidang puisi sajak.diharapkan agar ada pihak tertentu dapat memberi perhatian ke atas cadangan saya ini.contohnya kalau di kelantan dulu,,pihak GEMA (gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan )mengadakan pertandingan sajak pada setiap bulan september bagi aktiviti bulan bahasa dan sastera negara(BBSN).Dalam hal ini, sdr. boleh berhubung dengan pejabat kebudayaan negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. bagi mendapatkan maklumat tersebut. Difahamkan pada bulan Ogos ini, pertandingan deklamasi puisi peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)  dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) akan diadakan. Sdr sdr. boleh menghubungi talian 03-26127600 (KPKKW) atau 03-21442412 (GAPENA) bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang peraduan ini. Selamat berjaya! Terima kasih dan salam.  Lain-lain01.05.2008
Ada ke akta yang melindungi hak penulis yang mengatakan penulis tak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali Penerbitnya kalau nak tulis buku. Kalau ada harap tuan dapat berikan.Tidak ada akta yang mengatakan penulis tidak perlu melaporkan manuskripnya kepada mana-mana pihak kecuali penerbitnya. Pihak yang ingin menerbitkan bahan bercetak di Malaysia hendaklah mempunyai lesen pencetak dan permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Saudara boleh mendapatkan maklumat daripada Kementerian yang berkenaan dan merujuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk maklumat selanjutnya.Lain-lain08.05.2007
saya inim meminta biogarfi penulis sajak buku kumpulan puisi MAYA iaitu Agus Salim,serta biografi penulis sajak buku kumpulan puisi DI BAWAH BAHANG MENTARI iaitu Sabar Bohari dan biografi penulis sajak kumpulan puisi RAUNG MERDEKA iaitiu Abdullah Shuib. Saya juga ingin mendapatkan cara untuk menghubungi ketiga tiga penulis sajak tersebut.

Sila rujuk bahan dibawah :

 

   

1. Karisma PEN : Biografi Penulis Negeri Sembilan / Salim Hj Taib : 2005

2. Wajah :Biogarfi Penulis ? DBP : 2005

3. Abdullah Shuib / Dewan Sastera Februari 1996

4. Sabar Bohari / Latif Yusoff : Mastika : Ma

Lain-lain31.08.2008
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ?Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan.Makna05.09.2010
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ?Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea.Tatabahasa02.07.2013
assalamualaikum. bagaimana hendak menceburi sesuatu persatuan penulis? saya tidak mempunyai maklumatSalam. Pada umumnya, persatuan penulis memang telah ditubuhkan di setiap negeri, dan kebanyakan persatuan penulis negeri ini merupakan ahli Gabunngan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh menghubungi GAPENA di talian telefoN: 03-21442412.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.     

Lain-lain26.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas