Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nu.li.san] | ڤنوليسن

Definisi : perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nu.li.san] | ڤنوليسن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menulis atau mengarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud penulisan yang retorikPenulisan yang retorik merujuk kepada teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisanPenulisan ini melibatkan seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pembaca.Lain-lain13.10.2015
Maksud penulisan akademikPenulisan akademik ialah penulisan yang dibuat secara ilmiah atau saintifik berdasarkan pengumpulan data secara formal dan bersifat objektif. Penulisan akademik mesti menggunakan tatabahasa yang betul.Lain-lain09.09.2024
saya mempunyai penulisan ilmiah iaitu penulisan disertasi ijazah sarjana. saya ingin menghantar penulisan ini ke DBP. Tajuk disertasi saya Pantun Melayu: Satu kajian Asosiasi Lambang, Bunyi dan Makna dalam Hubungan Antara Pembayang dan Maksud. Jika pihak tuan berminat, saya ingin menghantar penulisan ini untuk tindakan lanjut sama ada diterbitkan atau sebaliknya. Harap pihak tuan dapat hubungi saya. Sekian terima kasihKami mencadangkan tuan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sastera, DBP melalui Ketua Bahagian Puan Hajah Asiah Daud, 03-21479434 atau e-mel Asiah2@dbp.gov.my atau pegawai belaiu Puan Nazmah Ani, 03-21479512/nazmah@dbp.gov.my.Tatabahasa19.06.2014
Salam sejahtera. Soalan saya ialah mana yang lebih sesuai antara “penulisan tidak naratif” dengan “penulisan bukan naratif”?Penggunaan yang betul ialah penulisan bukan naratif.Tatabahasa25.03.2021
Mana yang lebih tepat, "Penulisan buku cerita kanak-kanak peribahasa" atau "Penulisan buku cerita peribahasa kanak-kanak"? Bagi merujuk penulisan bagi bacaan kanak-kanak yang menjadikan peribahasa sebagai jalan utama penceritaan.

Ayat yang betul ialah "Penulisan buku cerita peribahasa kanak-kanak."

Tatabahasa22.10.2024
Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik?Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik?
Secara umumnya, puisi ketuhanan yang baik mempunyai ciri menunjukkan kekuasaan Tuhan, mempunyai kaitan rapat dengan ciri ketuhanan, mengagungkan ciri ketuhanan, dan memaparkan diksi yang menunjukkan sifat Tuhan seperti rahmat dan kasih sayang.  Sebagai contoh puisi ketuhanan boleh menggunakan simbolik sajak daripada alam, peristiwa sejarah, kehidupan sehari-hari dan bentuk peribadatan. seperti anggur dan cawan, alam tumbuhan dan haiwan, kosmologi dan antropologi dan sumber cahaya, misalnya matahari, bulan, lampu, pelita dan api. Sekiranya puan memerlukan maklumat bolehlah berhubung dengan Encik Shahrun Nizal bin Mohd Nor melalui talian 03-21479203 atau e-mel shanrun@dbp.gov.my.
Sastera27.12.2013
PENULISAN PERKATAAN WALAUBAGAIMANAPUN JAUH ATAU RAPAT? TERIMA AKSIHEjaan yang tepat ialah Walau bagaimanapun. Sekian, terima kasih.Tatabahasa30.10.2019
Penulisan salutasi untuk perempuan yang belum berkahwin. Cik atau Puan?Dalam urusan rasmi panggilan hormat yang digunakan ialah puan.Tatabahasa28.12.2017
Penulisan susunatur rapat ke ada jarak
Jawapan yang sesuai ialah susun atur (dua perkataan)

Ejaan01.06.2017
penulisan singkatan kau cth kau sahabatku?Kata ganti nama singkat "kau" dan "ku" dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Bagi penggunaan yang betul dan tidak lewah, perkataan tersebut ditulis "kausahabat" atau "sahabatku".Ejaan12.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas