Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam penulisan kreatif, adakah penggunaan "-nya" untuk merujuk kepada benda berbanding manusia dianggap tidak salah dalam bahasa Melayu?

-nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia.  Selain itu, -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
  2.     Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

Kata  pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lajunya ialah 100 km sejam.
  2.     Datangnya secara mendadak.

Oleh yang demikian, penggunaan -nya tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada benda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 103 - 104 dan 295 - 296.

Tatabahasa20.09.2023
Selamat pagi Saya ingin bertanyakan penggunaan huruf besar. Biasanya, kita menulis "hamba-Nya" untuk merujuk hamba Allah. Namun, bagaimana pula kalau dalam penulisan tajuk? Contoh: PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA ATAU PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBA-NYA? Setahu saya, penggunaan hyphen tersebut adalah untuk memisahkan penggunaan huruf kecil dan besar.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia. Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah pula hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Oleh itu, sekiranya menggunakan huruf besar, ejaan yang betul ialah HAMBA-NYA.Istilah03.02.2020
Salam, kita selalu terjumpa kata "kemudiannya" dalam penulisan. Saya tertanya-tanya, apakah fungsi "nya" dalam kata itu? TKFungsi -nya bagi kemudiannya adalah sebagai kata penekan, iaitu kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya.Tatabahasa13.07.2021
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai penambahan imbuhan (atau kata sambungan yang lain) kepada perkataan bukan Bahasa Melayu. Contoh yang kerap muncul dalam penulisan ialah: -Best-nya cerita ni! -Ter-over pulak! -Try-lah yang lain. -Tolong print-kan -Dia meng-italik-kan perkataan Jerman itu (dan lain-lain) Adakah wujud peraturan tatabahasa untuk kategori ini? Bagaimana sepatutnya ia ditulis? Adakah dengan meletakkan sengkang seperti di atas, atau perkataan itu dicondongkan dan disambung sahaja seperti perkataan Bahasa Melayu? Terima kasih atas maklum balas.Untuk makluman perkataan yang menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tidak diterima sebagai bentuk yang rasmi dalam bahasa Melayu. Bentuk ini biasanya digunakan dalam bahasa percakapan seharian yang tidak mempunyai kaedah rasmi yang khusus untuk menulis perkataan tersebut. Perkataan seperti "best, over, try dan print" telah ada padanan bahasa Melayunya dan tidak perlu ditulis dalam bahasa Inggeris.Tatabahasa28.01.2016
Adakah istilah "ia" atau "ianya" tepat dan boleh digunakan dalam ayat atau penulisan akademik?

Penggunaan perkataan "ianya" dalam ayat atau penulisan akademik kurang sesuai kerana "ia" dan "-nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak gramatis untuk digabungkan. Sebaliknya, perkataan "ia" boleh digunakan dalam ayat atau penulisan akademik kerana menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 796, "ia" sebagai kata ganti nama diri orang ketiga; “dia” yang merujuk kepada manusia dan kata ganti nama bukan manusia.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) halaman 103-104 untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa19.08.2025
Salam. Mohon penjelasan admin. Apa beza perkara ini dalam penulisan surat? 'dengan hormatnya' 'dengan segala hormatnya' mana satu yang betul? Atau boleh digunakan kedua² nya sekali mengikut situasi?Tidak ada perbezaan, kedua-duanya boleh digunakan. Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
atau  Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Tatabahasa18.03.2021
Apa itu konsep menulis dan komponen-kompenan nya? Terima kasihMenulis ialah proses melahirkan/memindahkan idea/pemikiran seseorang ke atas kertas atau sebarang bahan dalam bentuk tulisan. Komponen penulisan perlu menjawab persoalan asas iaitu- apa, siapa, di mana, bila, bagaimana (what, who, where, when, how - 4W 1H).  Lain-lain14.02.2009
Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini?Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih.   Lain-lain09.01.2008
saya ingin bertanya macam mana kah cara nya bagi saya sebagai seorg pelajar ingin membuat laporan.maksud saya bagaimanakah harus saya memulakan ayat pendahuluan?terima kasihTerima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Cara bagi saudari untuk memulakan ayat pendahuluan kebiasaannya bergantung kepada jenis laporan atau karangan yang dihasilkan. Namun begitu, bagi membantu, saudari boleh melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Taip pada carian dan insyaallah bahan yang diperlukan akan dipaparkan. Namun begitu, saudari juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP dan mendapatkan maklumat berkaitan laporan. Bahan juga boleh diperoleh dengan membuat rujukan pada tajuk yang diberikan ini: Panduan Bahasa & Format Penulisan (Laporan Maimunah Hj. Omar) . Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain26.02.2007
Assalamualaikum wbt Tuan Saya mohon bertanya.. Di dalam surat rasmi ada no. perenggan seperti berikut.. 2. 3. Persoalan saya diperenggan yang terakhir sekiranya ayatnya seperti contoh.. 'Kerjasama dan perhatian pihak tuan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ' Adakah patut atau tidak ada no.? saya keliru..kadang terima surat yang ada no.nya..kadang terima surat yang tiada no.nya.. Terima kasih.
Penomboran pada surat rasmi ialah mengikut gaya penulisan sesebuah organisasi. Gaya penulisan DBP dalam surat rasmi menggunakan nombor perenggan terakhir.
Lain-lain19.08.2016
12

Kembali ke atas