Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.num.pang] | ڤنومڤڠ

Definisi : 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.num.pang] | ڤنومڤڠ

Definisi : orang yg menumpang (di rumah tumpangan, kenderaan dll): Para ~ penuh sesak dlm bas itu. kapal ~ kapal yg membawa orang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sarat penumpang atau sarat dengan penumpang, kaya warisan atau kata dengan warisan? Mohon penjelasan.Jawapan yang betul ialah sarat dengan penumpang dan kaya dengan warisan. Kedua-dua ungkapan ini lebih gramatis kerana ungkapan sarat penumpang dan kaya warisan tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa26.05.2007
penumpang yang tidak dipilih disebabkan tidak dapat mendaftar... tidak dapat mendaftarTatabahasa16.09.2008
Salam 1Malaysia. 1. Apakah perbezaan antara penunggang dan pembonceng motosaikal. 2. Bolehkah penumpang motosaikal dipanggil pembonceng.1. Penunggang ialah orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. Manakala pembonceng ialah orang yg membonceng. 2. Penumpang motosaikal boleh dipanggil pembonceng.Lain-lain09.08.2010
saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli...

Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~.

Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api.

Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. 

Makna09.04.2009
"Saya bukan membawa dadah tetapi susu tepung" kata penumpang itu sewaktu ditahan polis. betul tak ayat ini???"Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama.Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. "Saya bukan membawa dadah, tetapi susu tepung," kata penumpang itu sewaktu ditahan polis.Tatabahasa03.06.2013
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabutJawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna.Tatabahasa19.07.2013
Apakah terjemahan bagi 'airbus'? Kamus Dwibahasa DPB memberi 'bas udara'. Satu lagi terjemahan yg saya dapati (bukan DBP) ialah 'pesawat udara yg besar'. Harap mendapat nasihat.Istilah airbus dalam bidang pengangkutan membawa dua maksud, 1. Bas yang khusus untuk membawa penumpang dari lapangan terbang terus ke pusat bandar, 2. Pesawat yang dibuat di Airbus Industrie, Paris, contohnya AB600. Bas udara yang saudara maksudkan ialah padanan "air-bus" dalam bahasa Melayu.Istilah11.03.2009
Salam sejahtera, tuan. 1. Saya menghantar emel kepada kawan saya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) internet. 2. Perkataan "tiba", "sampai" dan "datang" diikuti dengan perkataan "di" atau "ke"? 3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun (sampai/tiba/datang). 4. Saya berasa terkejut (dan/lalu) cepat masuk ke dalam rumah. 5. Pencuri itu (berasa/-) takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Adakah perkataan "berasa" itu penting? Apakah perbezaan antara perkataan "berasa" dan "rasa"? 6. kakak minum teh di dalam rumah atau kafe? / kaka minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe? 7. walalupun saya berenang di atas permukaan air, tetapi saya harus menulis "saya berenang di dalam air"? 8. Saya mencari maklumat DI DALAM BILIK menggunakan komputer pada setiap hari. / Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari. 9. Adakah turutan nama(N), aktiviti(A), tempat(T), benda(B) dan keterangan (K) itu penting? contohnya, saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu. Terima kasih1. Saya menghantar emel kepada kawan saya. 
2. Perkataan tiba/sampai/datang + di/ke bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya apabila kereta api tiba di stesen itu ramai penumpang yg turun dan mereka sedia menerima sebarang bahaya yang akan tiba.  
3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun sampai/tiba/datang.
4. Saya berasa terkejut lalu cepat masuk ke dalam rumah.
5. Pencuri itu takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasa dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berasa untuk melihat perbezaan makna rasa dan berasa. 
6. Kakak minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe.
7. Walalupun saya berenang di dalam air.
8. Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari.
9. Dalam pembentukan ayat pola yang ada ialah Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Sendi Nama dan Frasa Nama + Frasa Adjektif. Walau bagaimanapun pola ini boleh berubah dalam ayat songsang. Contohnya ayat saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu dan ayat pada hari Ahad yang lalu saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok, kedua-duanya betul.
Tatabahasa03.10.2012

Kembali ke atas