Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nun.ju/] | ڤنونجوق

Definisi : 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu menjadi ~ jalan kpd kami? 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan (utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nun.ju/] | ڤنونجوق

Definisi : 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penunjuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera kepada yang berkenaan, Bagaimana menterjemah grammar bahasa Inggeris -- determiners (contoh: a, an, the, that, those...) dalam bahasa Melayu? Adakah tatabahasa bahasa Melayu mempunyai determiners? Bolehkah anda memberikan maklumat yang berkenaan kepada saya? Terima kasih.Terjemahan determiner dalam bahasa Melayu ialah penunjuk. Jamak dalam bahasa Melayu ditandai dengan kata ganda seperti penunjuk-penunjuk atau didahului perkataan lain yang bermaksud penunjuk seperti semua penunjuk.Tatabahasa06.10.2012
Salam sejahtera, Tuan / Puan Antara yang berikut, yang manakah gramatis: 1a) Pengering rambut 1b) Alat pengering rambut 2a) Pengacip kekeras 2b) Alat pengacip kekeras 3a) Penimbang badan 3b) Alat penimbang badan 4a) Pemotong kertas 4b) Alat pemotong kertas 5a) Penunjuk skala 5b) Alat penunjuk skala Pada pendapat saya, 'pe-' membawa maksud 'alat'. Oleh itu, adalah tidak gramatis jika kita katakan 'alat pengering rambut', sebetulnya 'pengering rambut'. Adakah pemahaman saya betul? Sekian, terima kasih CKFrasa yang betul ialah Pengering Rambut, Pengacip Kekeras, Penimbang Badan, Pemotong Kertas dan Penunjuk Skala. Awalan pe-... penanda makna atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar.Tatabahasa10.02.2012
Apakah terjemahan bagi "laser pointer"? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "laser pointer" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "pointer", iaitu penuding atau penunjuk. Oleh itu, istilah yang dicdangkan ialah penuding laser atau penunjuk laser.Istilah23.03.2013
Tuan / Puan, Salam sejahtera. 1) Di mana dapat saya carikan indeks / penunjuk ejaan terbaru untuk perkataan BM? Contohnya, perkataan "Baru" telah ditukar ke "Baharu" "Bahru" dan kini saya tidak pasti yang mana adalah ejaan yang tepat. 2) Di manakah dapat saya carikan kamus terjemahan B.Inggeris-BM? Terdapat banyak perkataan yang kena diterjemahkan tetapi, jarang terdapat laman terjemahan BI ke BM yang memuaskan, kebanyakan adalah laman dari Indonesia. terima kasih. yang benar, suki goh

1. Semua entri baru dimasukkan dalam Kamus Dewan Edisi terbaru atau saudara boleh juga merujuk Kosa Kata aru dan Istilah Semasa dalam Klik DP yang disiarkan pada setiap bulan, hari rabu minggu ketiga bersama-sama dwngan akhar Berita Harian.

 2. DBP hanya menerbitkan Kamus Inggeris Melayu Dewan ukan kamus terjemahan. sila rujuk penerbit besar yang lain untuk mencari Kamus terjemahan. 

Tatabahasa21.08.2008
(1) Mohon penjelasan rasional mengapa perkataan "diperoleh" tanpa "i" sedangkan perkatan "dimilki", "didapati" dibolehkan penggunaannya. (2) Lagi satu perkataan "indicator" dalam bahasa inggeris akan diterjemahkan sebagai "penunjuk" atau "petunjuk". Saya telah merujuk kepada Kamus DBP Ed.4 tetapi masih mengelirukan. Adakah wajar untuk saya menggunakan perkataan "indikator"... (3) Adakah boleh singkatan perkataan "julai" dibuat sebagai "Jul"...adakah dibenarkan penggunaanya... Terima kasih atas penjelasan. K/sama tuan amat dihargai demi menambah pengetahun di samping memartabatkan bahasa..TK

1. Kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan lain seperti diperoleh dan memperoleh, manakala kata terbitan dimiliki dan didapati seperti contoh yang diberi ialah bentuk transitif bagi kata milik dan dapat.

2. Padanan/istilah indicator dalam bahasa Melayu ialah penunjuk (petunjuk dan indikator ialah istilah lama).

3. Untuk singkatan kata Julai saudara perlu menulis seperti Jul. (dengan noktah). Untuk menulis sesuatu singkatan apa yang penting kata tersebut boleh difahami oleh pembaca.

Tatabahasa07.07.2009
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik.Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam.Tatabahasa09.07.2013
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk yang berikut. 1) Key Performance Indicators 2) Soft skills Terima kasih.1.Penunjuk prestasi utama 2. Kemahiran asas (berdasarkan konteks)Makna26.07.2007
Pakej pelancongan ke Pulau Pangkor yang murah itu telah.... atau Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah... ayat mana yang gramatis? kata berimbuhan peN- yamg membawa makna hasil sesuatu perbuatan ialah a. penanak b.pembajak c. penggali d. penunjuk. jawapan yang mana betul?Ayat yang gramatis ialah Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah ... . Penanak bermaksud orang yg menanak; atau tukang masak. Pembajak bermaksud orang yang kerjanya membajak. Penggali ialah orang yang kerjanya menggali dan penunjuk memberi maksud alat yang digunakan untuk menunjuk atau orang yang menunjuk. Berdasarkan semua makna yang diberi tidak kata terbitan yang membawa maksud hasil sesuatu perbuatan.Tatabahasa07.07.2010
"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tqIni ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul.Tatabahasa20.09.2011
manakah yang betul dan manakah yang salah: - 'para pendidik' - 'para-para pendidik' - 'para nabi' - 'para-para nabi' - 'para anbiyak' - 'para-para anbiyak'? sila nyatakan sebabnya sekali. sekian terima kasih.Yang betul: para pendidik,para nabi,para anbiyak. Kata para merupakan kata penunjuk jamak dan tidak perlu diulang penggunaannya.Tatabahasa13.05.2008
12

Kembali ke atas