Tuan,mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata , " demi dan untuk", "agar dan supaya", " tentang dan mengenai". Sekian terima kasih. | 1. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya, Rakyat Malaysia Mesti bersatu demi kestabilan Negara. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. 2. Agar dan supaya boleh bertukar ganti penggunaannya. 3. Kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud "rujukan" sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi "hal" yang diperlakukan atau dibicarakan. Contohnya: Mereka berbincang "tentang" masalah negara. Contoh kedua, Kami berbual tentang kejadian rompakan itu. Selain itu, sebagai makluman saudara juga, kata sendi nama tentang juga sering digantikan penggunaannya dengan bentuk mengenai dan mengenai dengan. Perlu diingat bahawa perkataan mengenai sebenarnya tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud "kena pada". Contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut : Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Contoh kedua : Bola yang ditendangnya mengenai palang gol. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih. | Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
1. Adakah perkataan 'pelajar' membawa maksud jamak? 2. Perkataan yang manakah betul? a) memperkembangkan b) memperkembang terima kasih | Kamus Dewan menakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar, seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Lazimnya murid di sekolah dan penuntut di maktab adalah ramai bilangannya. Oleh itu, berdasarkan makna tersebut pelajar menunjukkan seorang atau ramai. | Makna | 23.07.2009 |
1.Tanaman tersebut hidup a.segar b. subur kerana dijaga dengan baik. 2. Ali merupakan a. pelajar b. penuntut Universiti Sains Malaysia tahun pertama. 3. Saya suka membaca buku di pondok bacaan ini kerana suasananya a. sangat tenang sekali. b. sungguh amat tenang sekali. | Saudara Waypenglee, Jawapan bagi pertanyaan saudara adalah seperti yang berikut: i. subur ii. penuntut iii. sangat tenang sekali Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 09.06.2009 |
1. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan istilah 'Proposal Defense' dan 'Viva Voce'? 2. Adakah betul penggunaan istilah 'pascasiswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? Keliru dengan hasil pencarian ini --> [pas.ca.sis.wa.zah] | ڤسچاسيسوازه Definisi : bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 3. Adakah betul penggunaan istilah 'siswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? | 1. Mohon tuan/puan berikan penggunaan “proposal defense” dan “viva voce” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.1"> 2. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “pascasiswazah” sebagai penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Ini bermakna merujuk kepada penuntut yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.1"> 3. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “siswazah” sebagai orang yang telah lulus dari universiti, iaitu lulusan universiti. | Istilah | 18.04.2019 |
Selamat pagi. Saya ingin meminta kepastian tentang istilah yang digunakan dalam institusi sekolah berkaitan dengan rangkai kata "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Mana satukah yang paling tepat penggunaannya di sekolah. Kedua, apakah istilah yang paling tepat untuk penuntut yang berada di Prauniversiti. Adakah mereka ini dipanggil 'murid' atau 'pelajar'? | 1. Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman saudara, Bahasa Malaysia digunakan untuk mata pelajaran di sekolah . 2. Istilah yang sesuai digunakan bagi penuntut peringkat prauniversiti ialah pelajar. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Assalamualaikum... Saya salah seorang penuntut jurusan BM. Ramai rakan bertanyakan soalan ini malahan pensyarah sendiri menangguhkan jawapan dan ada yang berbeza pendapat. Saya keliru dan ingin mendapat jawapan pasti. Soalannya : Apakah perbezaan antara 'Perdana Menteri' dan 'Menteri Besar'? Mengapakah 'Perdana Menteri' tidak disebut sebagai 'Menteri Perdana' sama seperti 'Menteri Besar' yang jelas mengikut hukum DM? Terima kasih. Mohd Ismail Bin Sulaiman No. 13, Jalan Purnama 1/3, Taman Purnama 1 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. No. Tel : 016-7444676 | Kata Perdana Menteri tidak disebut sebagai Menteri Perdana seperti Menteri Besar kerana bentuk ungkapan tersebut diambil daripada bahasa Sanskrit. | Tatabahasa | 20.03.2008 |
Saya amat keliru dengan penggunaan istilah "Pelajar" dan "Murid" 1.Apa bezanya perkataan /penggunaan "murid" dan "Pelajar" ? 2. Apakah perkataan yang sesuai diguna pakai di sekolah rendah dan menengah "murid" atau "Pelajar".sebab di sekolah menengah pentadbir yang mengurus mereka tu digelar HEM ( Hal ehwal Murid ),dan untuk mereka yang berada di IPT diurus oleh HEP (Hal Ehwal Pelajar) | Perkataan murid, pelajar dan penuntut mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid boleh digunakan untuk sekolah rendah dan juga menengah manakala pelajar untuk sekolah menengah dan IPT. | Lain-lain | 18.05.2009 |
salam 1Malaysia. Mohon penjelasan penggunaan perkataan ganti nama 'murid' dan 'pelajar'. adakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat yang menunjukkan maksud yang sama. contoh ayat 1. ini bagi memudahkan pembelajaran pelajar/murid 2. untuk menilai dan melaporkan hasil pembelajaran murid/pelajar terima kasih | Perkataan murid dan pelajar dan penuntut mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, dalam konteks negara kita perkataan "murid" lazimnya digunakan pada peringkat sekolah rendah, manakala "pelajar" digunakan untuk sekolah menengah dan konteks yang lebih umum termasuklah pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Dalam konteks kedua-dua ayat tersebut perkataan "pelajar" sesuai digunakan. | Tatabahasa | 10.12.2015 |
1. Jika singkatan untuk malam ialah mlm, apa pula singkatan untuk tengah hari? 2. Panduan untuk menggunakan kata sendi nama 'bagi' dan 'untuk'. Benarkah kata sendi 'bagi' lazimnya disusuli dengan kata nama, dan kata sendi 'untuk' disusuli dengan kata kerja. Contohnya: Bagi pelaksanaan projek, untuk melaksanakan projek. Bolehkah 'bagi' ditukar dengan 'untuk'? | 1. Singkatan untuk tengah hari ialah tgh. 2. Kata sendi nama bagi dan untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata snedi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) | Tatabahasa | 06.07.2010 |