Untuk kuantiti, perkataan yang sesuai menunjukkan peningkatan/penurunan. Sebagai contoh: kenaikan kuota atau penambahan kuota bagi: i. bilangan anggota/pegawai/calon ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) iii bilangan kaunter iv. perkhidmatan Diharap pihak tuan dapat membantu bagi tujuan urusan surat-menyurat Jabatan. Terima kasih. | Mungkin apa yang dimaksudkan oleh saudara ialah “penjodoh bilangan”i. bilangan anggota/pegawai/calon – orang, cth.: seorang pegawai, dua orang calon.ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) – buah, cth.: Sebuah kereta, tiga buah motosikal.iii. bilangan kaunter – buah, cth.: sebuah kaunter.iv. perkhidmatan – buah, cth.: sebuah perkhidmatan. | Tatabahasa | 09.02.2009 |
penggunaan perkataan bagi 'masing-masing@respectively' Edisi Bahasa Melayu : Komponen utama menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Semi Konduktordan Bilangan Unit Kediaman Diluluskan yang masing-masing mencatatkan negatif0.2%. Edisi Bahasa Inggeris : The main components that contributed to the decrease were Bursa Malaysia industrial Index, Real Imports Of Semi Conductors and Number of Housing Permits Approved which registered negative 0.2% respectively. Perkataan ini samada sesuai digunakan bagi tiga komponen yang mempunyai nilai yang sama seperti ayat diatas atau hanya sesuai digunakan bagi dua komponen sahaja. | Perkataan 'masing-masing'boleh digunakan dalam konteks tersebut dan tidak dihadpukan untuk dua komponen sahaja. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
DEFINASI "SISTEM PENYAMPAIAN" | Sistem penyampaian ialah prosedur urusan perkhidmatan kerajaan dalam melaksanakan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan kepada masyarakat supaya lebih berkesan dan cepat. Sila rujuk pekeliling Jabatan Perdana Menteri - UPTM 159/476/3 bertarikh 16 Februari 2005 yang bertajuk "Usaha Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Melalui Penurunan dan Perwakilan Kuasa". Rujuk MAMPU untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 22.12.2006 |
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). | 1. Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya. | Tatabahasa | 17.02.2011 |