assalamualaikum saya mohon pihak berkenaan dapat membuat pemantauan berkenaan penyalahgunaan bahasa melayu. penyalahgunaan bahasa yang saya maksudkan ialah penggunaan bahasa rojak samada dalam media elektronik mahupun media cetak. perkataan FINAL sering digunakan dalam laporan berita sukan. mohon dapat diberikan perhatian. sekian,terima kasih. | Terima kasih atas makluman yang diberikan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Kami juga mencadangkan tuan memberikan butiran kesalahan yang ditemukan dalam paparan awam dalam domain "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 11.06.2014 |
Saya ingin mengemukakan satu soalan mengenai penyalahgunaan bahasa melayu masa kini.Bahasa Melayu seolah-olah mengalami keracunan dan bolehkah anda senaraikan penyalahgunaan bahasa melayu dan huraikan dengan lebih lanjut tentang permasalahan ini.Sekian Terima Kasih. | Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku apabila masyarakat pengguna bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang sedia ada. Penyalahgunaan bahasa Melayu berlaku dalam aspek ejaan, pemilihan kata, tatabahasa, sebutan dan juga penggunaan bahasa rojak, iaitu mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Saudara boleh melayari Laman DBP di bawah Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu untuk mendapatkan makalah atau rencana tentang perkara ini. yang diterbitkan di dalam majalah seperti Pelita Bahasa atau Jurnal Bahasa. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Bagi penggunaan "/", adakah perkataan selepas dan sebelum "/" perlu dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: "Penyalahgunaan lesen / tiada lesen" atau "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen". Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah perkataan sebelum dan selepas dirapatkan, contohnya "Penyalahgunaan lesen/tiada lesen". | Lain-lain | 22.08.2019 |
apakah contoh penyalahgunaan bahasa gramatis? | Maksud bahasa gramatis ialah bahasa yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Contoh penyalahgunaan bahasa gramatis ialah Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196. | Tatabahasa | 03.04.2010 |
Apakah kadar purata bagi penyalahgunaan bahasa melayu dalam media pengiklanan? | Soalan saudara memerlukan kajian yang terperinci untuk mendapatkan jawaban yang tepat. Sila rujuk artikel yang berkaitan dan buat analisis terhadap kesalahan bahasa yang tersebut untuk mendapatkan jawaban yang tepat. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) | Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu) ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul. | Tatabahasa | 17.03.2009 |
Selamat sejahtera, saya ingin melapor tentang penyalahgunaan bahasa namun tiada tab 'Pantau dan Tegur Bahasa' di profile ini. | Sila masuk semula pautan di bawah untuk aduan bahasa. http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/soaljawab/nb_soalan_pelanggan_bukan_web.aspx?mode=b Terima kasih. | Lain-lain | 20.02.2017 |
apakah cara-cara yang paling berkesan bagi memartabatkan bahasa melayu melalui iklan? dan isu penyalahgunaan bahasa melayu dalam penggunaan papan tanda-berikan pendapat anda. terima kasih | Khidmat Nasihat Bahasa memberikan perkhidmatan terhadap pertanyaan yang berkaitan dengan ejaan (Rumi dan Jawi), istilah, aspek tatabahasa, semakan bahasa dan sebagainya. Untuk pertanyaan yang memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak kami cadangkan saudara manfaatkan bahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Tingkat 3, DBP. | Lain-lain | 24.03.2011 |
Assalamualaikum wbt., 'Motivational Interviewing' adalah salah satu daripada teknik terkini yg digunakan dlm disiplin kaunseling penyalahgunaan dadah di USA. Saya ingin bertanya DBP apa istilah 'Motivational Interviewing' terjemahan dlm Bahasa Melayu atau boleh sahaja dikekalkan seperti asalnya. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.edu | Cadangan istilah "Motivational Interviewing" dalam bahasa Melayu ialah "Dorongan Kendiri". | Penyemakan dan penterjemahan | 16.06.2014 |
kebanyakan iklan di televisyen menggunakan perkataan 'baharu' berbanding 'baru'. Namun bagi surat-surat kerajaan masih lagi menggunakan hanya perkataan 'baru' dan tidak 'baharu'. Adakah ada pekeliling yang boleh dirujuk untuk menerangkan kepada semua supaya tidak timbul penyalahgunaan maksud untuk perkataan 'baru' dan 'baharu' dalam surat-surat rasmi kerajaan? | Baharu dan baru, kedua-duanya boleh digunakan, contohnya, saya ada kereta baharu/baru,merujuk makna new, manakala Dia baru sampai dari Kuala Lumpur, untuk makna just. | Tatabahasa | 09.11.2007 |