Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.man] | ڤڽامن

Definisi : sesuatu yg menyamankan (me­nyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.man] | ڤڽامن

Definisi : sesuatu yg menya­mankan: ~ udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seorang guru Bahasa Melayu menyatakan bahawa ungkapan “pendingin hawa” salah. Menurutnya, ungkapan yang betul ialah “penyaman udara”. Katanya, “pendingin hawa” istilah lama, “penyaman udara” istilah baharu. Apakah pendirian KNDBP?Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Istilah02.05.2012
pendingin hawa atau penghawa dingin ataupun penyaman udara.Mana satukah yang betulIstilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah09.10.2012
Yang mana betuL? a)penghawa dingin b)penyaman udara c)Pendingin hawaYang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.Makna08.09.2008
Manakah yang betul? 1. Penghawa dingin, Pendingin Hawa atau Penyaman Udara? 2. Majlis Perasmian Penutupan Syarahan atau Majlis Penutupan Syarahan?Jawapannya ialah penyaman udara dan Majlis Penutupan Syarahan.Makna21.04.2007
PAKAR DALAM HAWA DINGIN KERETAFrasa yang betul ialah "Pakar Penyaman Udara". Walau bagaimanapun kami mencadangkan keterangan aktiviti syarikat tuan ialah "Kedai Penyaman Udara". Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk pengesahan iklan.Tatabahasa13.04.2012
Sila nyatakan manakah yang betul 1.Antara 'belas kasihan' dengan' kasihan belas' 2.Antara 'pendingin hawa' atau 'penyaman udara'1. Belas kasihan
2. Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.
Istilah08.01.2013
Mutiara kata atau Kata Mutiara. Mana satu yang betul. Pendingin hawa atau penghawa dingin adakah kedua-duanya boleh digunakan selain penyaman udara.Perkataan yang betul ialah "Mutiara Kata" dan "penyaman udara" atau "pendingin hawa".Tatabahasa16.06.2011
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian?i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian.Tatabahasa26.03.2008
pengdingin hawa atau penghawa dingin?Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa.Istilah27.09.2012
Slm dan slmt sejahtera kpd petugas DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya terjemahan yg tepat bg aircond adalah pendingin hawa, kenapakah "Bilik yg berhawa dingin" dan bukannya "Bilik yg berdingin hawa" utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Sekiranya menggunakan istilah penyaman udara pula, apakah istilah yg sesuai utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Adakah bilik yg nyaman, bilik yang sejuk atau adakah istilah yg lebih tepat?? TK atas kerjasama tuan.

Saudara Hatifi,

Padanan bahasa Melayu bagi air conditioner ialah penyaman udara atau alat hawa dingin. Dalam hal ini bilik yang menggunakan penyaman udara akan menjadi sejuk dan nyaman.

Istilah16.05.2010
123

Kembali ke atas