Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyam.but] | ڤڽمبوت

Definisi : 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyam.but] | ڤڽمبوت

Definisi : 1 orang yg menyambut kedatangan orang: ~ tetamu. 2 nombor pembahagi dlm sesuatu angka pecahan. 3 ist frasa nama yg letaknya sesudah kata kerja transitif dlm susunan sesuatu ayat; objek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa perbezaan warka kerja & anggota kerja ayat yang ingin saya bina adalah seperti di bawah: seorang anggota kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamu @ seorang warga kerja yang menjalankan tugas sebagai penyambut tetamuMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "anggota" ialah ahli (sesuatu pasukan, pertubuhan, golongan, dan lain-lain. Perkataan "warga" pula bermaksud ahli (suatu keluarga, syarikat, dan lain-lain). Kedua-dua perkataan ini adalah sinonim. Berdasarkan ayat yang mahu dibina, penggunaan kata "warga" lebih sesuai digunakan untuk menggambarkan perihal penyambut tetamu.Makna03.10.2017
saya ada beberapa soalan untuk diajukan. 1. apakah perbezaan antara "penyambut" dan "penangkap"? 2. apakah perbezaan antara "pengasuh" dan "pendidik"? 3. apakah perbezaan antara "pentafsir" dan penterjemah"1. Penyambut ialah  orang yang menyambut (tetamu dll), penerima  manakala penangkap ialah orang yang menangkap.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat makna setiap perkataan.
Tatabahasa20.10.2013
Betul atau salah pembinaan ayat seperti berikut: Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita. Adakah kedua-dua kata kerja transitif tersebut (memberikan dan menyampaikan) perlu disertai objek/penyambut ataupun kata kerja Transitif kedua sahaja perlu disertai objek?Tolong jelaskan.Setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Isunya di sini ialah dua ayat yang digabung menjadi satu, iaitu Guru memberikan ilmu kepada kita dan Guru menyampaikan ilmu kepada kita digabungkan menjadi Guru memberikan dan menyampaikan ilmu kepada kita.Tatabahasa26.02.2012
Perbezaan antara kata kerja intransitif dan kata kerja tak transitif

Kata kerja intransitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek, tetapi boleh diikuti pelengkap. Kata kerja tak transitif pula merupakan kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 387-388.

Tatabahasa20.08.2022
Selamat petang tuan. Ingin saya tanyakan bahawa mengapakah binaan frasa seperti "memasak banyak makanan" tidak betul? Dr. Awang Sariyan menyalahkan binaan frasa perbuatan melampau (perbuatan melampau = kata kerja transitif) demikian kerana berpendirian bahawa kata "banyak" bukan kata bilangan, tetapi kata sifat, dan kata sifat tidak boleh diletakkan di antara perbuatan melampau dengan penyambut (objek) kerana menjadi sisipan yang menghalang kelangsungan hubungan perbuatan melampau dengan penyambut. Perbuatan melampau mesti dikenakan langsung terhadap penyambut. Saya pula tidak berijtihad atau berpendapat sedemikian. Saya merasakan bahawa "banyak" kata bilangan tak tentu seperti yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan (keterangan ini ada dalam lampiran WordPad). Frasa perbuatan melampau seperti "memasak banyak makanan" terdiri daripada perbuatan melampau "memasak" yang disambut oleh penyambut frasa nama "banyak makanan", dan frasa nama itu terbahagi kepada kata bilangan tak tentu "banyak" sebagai penentu hadapan yang diikut kata nama inti "makanan". Diperhatikan bahawa "banyak" bukan sisipan, tetapi termasuk dalam frasa nama penyambut sebagai salah satu bahagian. Untuk pemahaman lanjut, sila tuan rujuk WordPad yang telah saya lampirkan. WordPad ini berisi soal saya tentang hal ini yang saya kirim kepada Dr. Awang Sariyan melalui e-mel beliau. Pinta tuan menolong saya menyelesaikan soal ini juga. Terima kasih atas iltizam dan kesudian tuan!Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu
 a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Pihak kami menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama.
Lain-lain07.11.2016
_____di pejabat itu menjawab panggilan telefon dengan mesra. A. Penyambut tetamu B. Pembantu peribadi C. Pemandu pelancong D. Pelayan pelanggan Apakah jawapan bagi soalan ini? Sama ada jawapan A, B dan D diterima sebagai jawapan?A, B dan D boleh menjadi jawapan kepada soalan yang tersebut. Untuk memilih jawapan yang paling tepat perlu disertakan visual atau cerita yang berkaitan dengan ayat tersebut.Tatabahasa14.01.2014
selamat petang Adakah ayat berikut betul. 1. Manisnya sungguh senyuman penyambut tetamu itu. terdapat guru menyatakan tidak perlu letak -nya. Macammana pendapay cikgu. Terima kasih.Ayat yang betul ialah manis sungguh senyuman penyambyt tetamu itu.Tatabahasa14.10.2008
Tuan, melampaukah perbuatan "menunggu", iaitu adakah perbuatan "menunggu" melampaui pembuat lalu mengenai penyambut? Sila baca WordPad untuk lebih terang memahami soal saya.Untuk makluman, menunggu ialah kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa12.12.2016
Apakah Receptionist dlm bahasa MalaysiaPadanan receptionist dalam bahasa Melayu ialah penyambut tetamu.Istilah12.04.2014
Bolehkah saya kata "meninjau ke arah rak buku"?Meninjau merupakan kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Oleh itu, frasa yang betul ialah “meninjau rak buku”.


Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 157.
Tatabahasa02.05.2026
12345678910...

Kembali ke atas