apakah perlu pangkat angkatan tentera disebut jika penyandang bukan seorang anggota tentera?contoh Brigeder Jeneral Tan Sri Datuk Lim. | Jika seseorang itu masih berkhidmat dalam anggota tentera, maka perlu disebut pangkat tersebut tetapi jika beliau telah bersara tidak perlu disebut pangkatnya sekali, iaitu Tan Sri Datuk Lim. | Lain-lain | 11.03.2010 |
saya ingin membuat pertanyaan mengenai jawatan kosong bahagian perkeranian, jika ada kekosongan.sekian terima kasih | Sdr, Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat di DBP. Untuk makluman sdr, buat masa ini semua jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) telah pun mempunyai penyandang. Kami akan siarkan iklan jawatan tersebut sekiranya ada keperluan. | Lain-lain | 09.05.2010 |
Adakah betul penggunaan "kata nama" di bawah dengan tidak menggunakan huruf besar: "Yang berbahagia dato', datin, tuan dan puan dan hadirin. " Adakah perkataan "raja", "tun", dan "tengku" menggunakan huruf kecil di dalam ayat? (kata nama am) jika tidak disertakan nama. Terima kasih atas kerjasama pihak anda. | Puan Nurulhuda Omar, Kata Nama Khas yang diberikan oleh puan seperti Yang Berbahagia Dato', Datin, Yang Mulia Raja, Tun, Tan Sri, dan Tengku merupakan kata nama khas hidup yang merujuk manusia yang mempunyai gelaran atau pangkat, perlu ditulis huruf besar di pangkal kata tersebut walaupun tidak disebut nama penyandang tersebut. Namun pada majlis-majlis rasmi, kita akan menyebut gelaran/ pangkat dan diikuti dengan nama penyandang. Contohnya, Yang Berbahagia Dato' Najib, Tan Sri Razali, atau Datin Normah dan sebagainya . Walau bagaimanapun, kata seperti "tuan, puan dan hadirin" perlu ditulis huruf kecil di pangkal kata kerana tergolong dalam kata nama am. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab Penggolongan Kata Nama (hlm. 96-98). | Tatabahasa | 07.04.2009 |
Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk. | Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
Saya keliru dengan gelaran Ts. Bagaimana sapaan Ts. dalam surat adakah boleh menggunakan YBrs. Ts. contoh: YBrs. Ts. Ali bin Abu. atau pun Encik Ts. Ali bin Abu. Mohon pencerahan tuan. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut: Ts. Encik Ali bin Abu, Jawatan, Alamat. Tuan, PERKARA Isi. manakala, bagi jawatan Ketua Jabatan Persekutuan/Penyandang Jusa C dan ke atas (Mejar Jeneral/Timb. Komisioner Polis dan setaraf ke atas) kami mencadangkan penggunaan seperti yang berikut: YBrs. Ts. Encik Ali bin Abu, Jawatan, Alamat. YBrs. Ts., PERKARA Isi. | Lain-lain | 31.01.2024 |
Merujuk kepada PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014, Panggilan Hormat yang dirakamkan bagi tujuan salutasi termasuklah Tuan dan Puan, persoalan saya sering kali kita dengar panggilan hormat berganda "YBrs. Tuan" sekiranya penama tiada gelaran. Adakah boleh panggilan hormat berganda? Boleh berikan sebab? adakah sebab tuan puan juga boleh dijadikan "gelaran" bagi orang yang tiada gelaran seperti "Dr." "Ts." "Tengku" "Haji" dsb.. | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, panggilan hormat yang digunakan adalah seperti yang berikut: 1. YBrs. - panggilan hormat bagi Ketua Jabatan Persekutuan Penyandang Jusa C dan ke atas; dan ahli akademik, seperti YBrs. Dr/YBrs. Prof. Madya Dr. 2. YM - panggilan hormat keturunan bagi Engku/Tengku/Ku/Raja 3. Tuan - panggilan hormat keturunan bagi Syed/Sheikh; dan panggilan hormat keagamaan bagi Haji Tiada panggilan hormat berganda dan tiada contoh panggilan hormat bagi ahli profesional dalam pekeliling yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan panggilan hormat ahli profesional, seperti Ts. disandarkan kepada panggilan hormat ahli akdemik, iaitu YBrs. sehingglah ada pekeliling baharu atau garis panduan lain yang menjelaskan tentang penggunaannya. Sekiranya tiada sebarang gelaran atau kaitan dengan keturunan, panggilan hormat yang lazim digunakan ialah tuan/puan. | Lain-lain | 04.07.2024 |