Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.ta] | ڤڽات

Definisi : yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam..saya nak tny kata ganti nama tanya bolehkah digunakan dalam ayat penyata?

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, dan bilangan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal/pertanyaan. Oleh itu, kata ganti nama tanya tidak digunakan dalam ayat penyata. 

 

 

 

Tatabahasa12.01.2011
1.Apakah maksud penyataan dan kata penyata yang sebenar? 2.Adakah tanda baca amat penting dalam ayat penyata?atau maksud yang lebih utama?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penyataan ialah perbuatan menyatakan (melahirkan dll). Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat suatu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.  

2. Tanda baca penting kerana ia menentukan keberkesanan mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca.

Tatabahasa24.03.2009
(i)penyata tuntutan dicop tarikh terima (ii)mengecop tarikh terima pada penyata tuntutan ayat mana yang betul atau terdapat pembetulan..
mengecap tarikh terima pada penyata tuntutan (betul)



Tatabahasa28.08.2012
Dalam ayat penyata, bolehkah kita letakkan kata tanya?? Contoh: Saya tidak tahu apa yang ada dalam kotak ini.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata, bukan ayat tanya.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441.Tatabahasa27.06.2010
Salam sejahtera, Baiklah, ibu. (Adakah ayat ini ayat penyata?) Terima kasih.

Saudara Pheetan,

Ayat penyata
ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sayu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Berdasarkan contoh ayat yang saudara nyatakan, ayat tersebut ialah ayat penyata.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441.

Tatabahasa20.09.2012
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”?

Saudara Boh,

Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan.

Tatabahasa07.06.2010
Salam, sy nk tanya dalam laras undang-undang perkataan seperti "di mana" dan "apa" boleh digunakan dalam ayat penyata atau tidak ?Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. Kata tanya seperti apa, mana, siapa, bila dan bagaimana hanya boleh digunakan dalam ayat tanya. Contohnya:
1. Yang di dalanm kotak itu apa?
2. Baju baru saya mana?
3. Mereka sampai bila?
4. Tuan tinggal di mana?
Tatabahasa12.04.2012
Tuan, betulkah ayat penyata ini? guru mengira markah khemah kumpulan manakah paling cantik. Betulkah penggunaan kata manakah sebagai kata soal yang digunakan dalam ayat penyata. minta penjelasanAyat yang gramatis ialah guru mengira markah khemah kumpulan yang paling cantik. Seperti yang tuan maklum, kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata.Tatabahasa08.11.2012
Tuan, bolehkah kata tanya digunakan pada ayat penyata. kata tanya seperti apa, mana, siapa, bila, bagaimana. sekiranya tidak boleh, apakah kata yang boleh digunakan untuk mengantikan kata tersebut? sekiranya ayat yang menggunakan kata tanya dalam ayat penyata salah, kesalahan ayat ini diklasifikiasi sebagai kesalahan apa? Contoh ayat: ibu bapa datang di mana untuk menyaksikan pertandingan itu. siapa yang menang akan diberi hadiah. Terima kasihKata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Dalam ayat contoh ayat yang diberikan ayat yang betul ialah ibu bapa datang untuk menyaksikan pertandingan itu dan pemenang akan diberi hadiah.Tatabahasa28.06.2012
Apa beza ayat penyata dengan ayat tunggal?Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh : Dia wartawan.  Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Contoh : Ayah Ali peguam. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, Bab 16 dan 17.Makna23.07.2008
1234567

Kembali ke atas