Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan, Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
Penggunaan perkataan 'DAN' atau 'ATAU' di dalam Buku Garis Panduan perlukah diletakkan di setiap penyataan atau sebelum penyataan terakhir sahaja? Jika diletakkan pada penyataan terakhir sahaja, adakah ia secara automatik diaplikasikan terhadap penyataan-penyataan sebelumnya? Contoh seperti yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, penggunaan yang tepat ialah "Contoh 1": 2.4 Menentukan Jumlah Kredit 24.2.1 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar bagi sesuatu semester adalah seperti dinyatakan pada perkara 14.2. 24.2.2 Pelajar boleh mengambil jumlah kredit kurang daripada dua belas (12) sekiranya memenuhi mana-mana satu syarat di bawah: i. pelajar semester akhir; atau ii. pelajar mengikuti semester pendek; atau iii. pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS), atau apa-apa program seumpamanya; atau iv. pelajar mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) pada semester sebelumnya; | Lain-lain | 05.10.2015 |
yang mana satu digunakan dalam ayat 'pernyataan' atau 'penyataan'?. contoh 'penyataan' berikut menerangkan.... betul tak? | Pernyataan bermaksud 1. kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman; 2. kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Penyataan pula bermaksud perbuatan menyatakan (melahirkan dan lain-lain). Dalam ayat ini, yang betul adalah 'pernyataan'. | Tatabahasa | 17.04.2007 |
Tolong jelaskan perbezaan di antara "pernyataan", "kenyataan", "penyataan"? | Penyataan ialah perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya, pernyataan ialah pemberitahuan atau pemakluman dan kenyataan ialah keterangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 12.08.2013 |
Penyataan manakah yang betul???? 1. Dato' Ahmad Bin Shukor atau.... 2. Dato' En. Ahmad Bin Shukor | 1. Dato' Ahmad Bin Shukor. "Encik" tidak lagi diperlukan sekiranya gelaran "Dato'" digunakan. | Lain-lain | 28.03.2009 |
Apakah perbezaan antara pernyataan dan penyataan? Terima kasih | Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara | Makna | 26.04.2013 |
bagaimanakah cara penggunaan perkataan pernyataan dan penyataan yang betul dalam sesuatu ayat? Contoh : 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja. | Kedua- dua ayat berikut adalah betul penggunaannya mengikut konteks (sekiranya ayat pertanyaan perlu tanda soal (?), dan sekiranya sebagai ayat penyata biasa (tidak perlu tanda soal). 1. Manakah antara berikut menerangkan "penyataan atau pernyataan" di atas? 2. Berikut adalah nombor dan pernyataan atau penyataan" aktiviti kerja. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Berikut, manakah penggunaan yang betul 1. Pernyataan Polisi 2. Penyataan Polisi 3. Pernyataan Dasar 4. Penyataan Dasar | Pernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh frasa yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan. | Tatabahasa | 28.03.2018 |
Askm.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai maksud arahan dan soalan:ARAHAN:-Tulis perkataan BETUL pada penyataan betul dan SALAH pada penyataan salah dibawah. Soalan: Ayah,boleh saya tolong ayah mencuci kereta. Jawapan - BETUL. 1. Apakah maksud penyataan dalam konteks arahan ini? 2. Perlukah ayat (soalan)perlu diletak tanda soal di akhir ayat?(kerana tidak salah saya hanya ada perkataan kata tanya sahaja perlu diletak ini kerana ia adalah ayat penyata). 3. Kalau perlu diletak tanda baca,adakah ayat itu salah dan jawapannnya adalah SALAH dalam konteks arahan?kenapa? terima kasih. | Puan Norsyariza,Berdasarkan ayat yang diberikan oleh puan, iaitu: Ayah, boleh saya tolong ayah mencuci kereta. (1) Dalam menentukan jenis ayat ini, puan disarankan agar mengenal pasti jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu (i) ayat penyata, (ii)ayat tanya, (iii) ayat perintah dan (iv) ayat seruan.(i) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Contoh ayat: Abdullah sedang tidur.(ii) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh ayat: Siapakah orang itu?(iii) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:(i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan dan (iv) Ayat permintaan. Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh ayat: Keluar kamu dari bilik ini!. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: Jangan ambil harta orang. Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: Sila serahkan borang ke pejabat. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: Tolong tutup pintu itu. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku! Berdasarkan ayat puan seperti di atas, maka jelaslah ayat ini merupakan ayat permintaan. Hal ini demikian, kerana anaknya memohon permintaan untuk menolong ayahnya mencuci kereta. Tambahan kata yang digunakan ialah "tolong". (2) Contoh ayat yang puan berikan ini tidak perlu diletakkan tanda tanya (?) kerana ayat ini bukan ayat tanya atau ayat seruan. | Tatabahasa | 23.03.2009 |
1.Apakah maksud penyataan dan kata penyata yang sebenar? 2.Adakah tanda baca amat penting dalam ayat penyata?atau maksud yang lebih utama? | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penyataan ialah perbuatan menyatakan (melahirkan dll). Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat suatu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. 2. Tanda baca penting kerana ia menentukan keberkesanan mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca. | Tatabahasa | 24.03.2009 |