Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.bu.tan] | ڤڽبوتن

Definisi : 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyebutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin tahu sama ada DBP ada mengeluarkan panduan pengejaan dan penyebutan bagi perkataan pinjaman khususnya yang melibatkan huruf g dalam bahasa pinjaman(Inggeris). Ada kata dengan g dikekalkan dalam bm dan ada yang diubah menjadi j dalam bm. Contoh agenda-agenda, agent- ejen. Mohon pencerahan. Teruma kasih.Kata pinjaman hendaklah disebut seperti ejaan. Dalam hal ini tuan boleh merujuk Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa23.08.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera. (i) Yang manakah frasa yang tepat, 'mutiara kata' atau 'kata mutiara'? (ii) Bagaimanakah cara penyebutan nama tempat (negara asing) seperti London menggunakan sebutan baku? Adakah disebut sebagaimana yang dieja atau disebut menggunakan sebutan bahasa asal? TERIMA KASIH.1. Mutiara Kata
2. Nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.
Tatabahasa02.07.2013
huraikan apa yang terkandung dalam carta fonetik dan cara wacana?Fonetik - Ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Wacana - Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertuukaran idea secara lisan. . untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saudara boleh merujuk maklumat lengkap daripada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Terima Kasih.Makna20.07.2006
minta tolong beri penjelasan tentang perbezaan antara fonetik dan fonemik...terima kasihFonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. 

Fonemik ialah berkenaan fonem; dan kajian linguistik tentang fonem. Fonem bermaksud unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata.
Tatabahasa30.11.2013
Salam sejahtera. Boleh jelaskan perkara yang jelas-jelas membezakan fonetik dan fonologi? Terima kasih.Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman.Makna11.11.2016
Soalan 1. Adakah Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi DBP boleh dijadikan panduan menentukan jumlah suku kata dalam perkataan. Atau hanya digunakan dalam menentukan cara penyebutan sesuatu perkataan. Dalam Daftar Kata muka surat 1722 perkataan tempua ditulis [tem.pua] (adakah dua suku kata). Di dalam Tatabahasa Dewan perkataan tempua dikategorikan sebagai 3 suku kata iaitu KVK + KV + V. Mohon penjelasan, Terima kasih.Perkataan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dipenggal mengikut sebutan sebagai panduan kepada pengguna untuk menyebut perkataan. Buku ini disusun khusus sebagai panduan untuk menyebut perkataan dan panduan penulisan Jawi.Tatabahasa07.01.2014
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental)Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman.Tatabahasa06.08.2007
Persamaan dan perbezaan antara fonetik dan fonologi.Untuk melihat persamaan atau perbezaan makna antara keduanya rujuk makna dalam kamus Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi bermaksud (Lin) kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa.Makna12.08.2008
Salam.. saya ada perasan DBP ada bagi contoh (online) bagi sebutan dialek, dari link ini: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=arnab&d=24. Contoh: kain... sebutan: kaen atau tikus - ti.kuih... ada tak kamus ini? sebab contoh ini berdasarkan Glosari Dialek Kedah.. saya nak glosari dialek untuk bahasa melayu baku.. terima kasihUntuk makluman tuan, tidak banyak terbitan DBP yang mengandungi panduan penyebutan kata, kecuali beberapa buku dialek yang memerlukan panduan penyebutan. Tuan boleh menghubungi Kedai Buku, DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku dialek terbitan DBP.Lain-lain30.03.2015
saya Hasbi bt Hussin, ingin bertanya mengenai konsep-konsep berikut dari sudut perkamusan, bolehkah terangkan kepada saya? i) korpus dan korkordans ii) tilde dan lema iii) fonemik dan fonetik

Korpus bermaksud (Lin) himpunan makalah (tulisan dsb) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan utk kajian (spt kumpulan contoh penggunaan kata dll).

 Konkordans bermaksud  (Lin) senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan.

Tilde bermaksud  lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri.

Lema bermaksud (Lin) kata masukan dlm kamus, entri.

Fonemik bermaksud (Lin) 1. bkn fonem; 2. kajian linguistik tentang fonem.

Fonetik bermaksud ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna04.04.2009
12

Kembali ke atas