Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.lam] | ڤڽلم

Definisi : 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg dise­lamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.lam] | ڤڽلم

Definisi : orang yg kerjanya menyelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selam
Kata Terbitan : menyelam, menyelamkan, terselam, terselami, penyelaman, penyelam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, minta bantuan apakah perkataan yang sesuai untuk 1. ganti dingin dalam ayat "Kedatangan murid-murid ke sekolah pada pagi ini dingin sekali kerana hujan turun dengaan lebat". 2. ganti mendarat dalam ayat " Penyelam skuba itu tidak mendarat lagi setelah dua jam menyelam". Terima kasihAyat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. "Kedatangan murid-murid ke sekolah pada pagi yang dingin ini kerana hujan lebat"
2. "Penyelam skuba itu tidak timbul lagi setelah dua jam menyelam" atau "Penyelam skuba itu tidak muncul lagi setelah dua jam menyelam" 

Tatabahasa08.03.2022
Salam sejahtera, kita sedia maklum bahawa awal Pe apabila bergabung dengan kata dasar s akan berubah menjadi sy seperti penyelam. Namun, mengapakah terdapat kata seperti pesilat dan pesawah? Sekian, terima kasih.Bukan semua kata dasar yang bermula dengan huruf s akan luluh huruf pertamanya dan digantikan dengan bentuk sengau, iaitu ny apabila menerima awalan pe-. Dalam perkataan pesilat dan pesawah, huruf s tidak akan luluh apabila bergabung dengan awalan pe- kerana imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tersebut tidak melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar dan dari aspek makna kata dasar itu sendiri.Sastera15.04.2021
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

jumper - jumper
harness - abah-abah
flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap
optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal
mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung
mateable - boleh sambung
wet-mate - penyambung basah
fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber
1out harness - 1out harness
nominal - nominal
mate/unmated - sambung/tak sambung
stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang
diver - penyelam
Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut
bulkhead - dinding sekatan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.
Lain-lain22.06.2021
Selamat Sejahtera. Saya nak tanya bahawa apakah perbezaan antara penggunaan di dalam dan ke dalam ataupun kedua-dua ini adalah sama dalam bina ayat. Saya berharap juga mendapat contoh ayat bagi penggunaan di dalam dan ke dalam

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. 

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu perkataan yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Contoh:

1. Pengembara itu sesat di dalam hutan.

2. Penyelam itu terjun ke dalam sungai.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2014), halaman 265 hingga 268.

Tatabahasa09.08.2024
Adakah wujud perkataan ‘pengkumur’ untuk menggantikan perkataan ‘mouthwash’? Saya terpanggil untuk menyemak setelah melihat penggunaan perkataan ini dalam satu iklan ubat kumur di media massa. Untuk imbuhan peng, apakah hukum (rules) imbuhan secara umum? Mengikut pemahaman saya, untuk perkataan bermula dengan k, huruf k digugurkan apabila imbuhan peng ditambah (prefix). Eg: kawal - pengawal. Adakah huruf k dikekalkan hanya untuk kata pinjaman? Eg: katalog - pengkatalogan. Bagaimana pula dengan perkataan kelas yang merupakan kata pinjaman inggeris ‘class’ namun menjadi pengelasan dan bukannya pengkelasan. Adakah terdapat faktor tambahan dalam kes ini?

1. Kata pengkumur masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Berdasarkan korpus, kata pengkumur mulut untuk ‘mouthwash’ adalah lebih tinggi kekerapannya berbanding pengumur. Dari segi semantik jika menggunakan perkataan pengumur, makna pertama yang muncul dalam minda masyarakat ialah perkaitan makna dengan kata akar umur, berbanding apabila menggunakan pengkumur, masyarakat akan terus mengaitkan makna bagi kata akar kumur.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 109, huruf p, t, k, s pertama pada kata dasar yang bercantum dengan awalan  peN-, huruf pertama tersebut akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama pada kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut.

Contoh: pemukul (pukul), penahan (tahan), pengarang (karang) dan penyelam (selam).

2. Huruf pertama pada kata dasar yang bercantum dengan apitan peN-…-an tidak akan luluh untuk kata pinjaman seperti penkatalogan.

Contoh lain: pemprosesan (proses), pengkateran (kater),  dan pemvetoan (veto).

(rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 107-111)

3. Walau bagaimanapun, kata asing yang telah terserap dalam bahasa Melayu, huruf pertama kata dasarnya akan luluh apabila menerima imbuhan apitan peN-…-an.

Contoh: penyeteman (setem), pengelasan (kelas), penelefon (telefon).

Tatabahasa08.06.2024
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini.

Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

            Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik)

(TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179)

Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya:

            Masak – pemasak

Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya:

            Perkosa – pemerkosa

            Tahan – penahan

            Karang – pengarang

            Selam – penyelam

Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132)

Tatabahasa11.07.2019

Kembali ke atas