tuan saya ingin bertanya manakah yang tepat penggunaan "antara".? "mesyuarat penyelarasan antara MBSA dan persatuan penduduk" atau mesyuarat penyelarasan di antara MBSA dan persatuan penduduk" terima kasih membantu | Kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya seperti “Mereka berbincang antara adik-beradik”. Frasa sendi nama di antara pula hanya digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya, “Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya”. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Mesyuarat penyelarasan antara MBSA dan persatuan penduduk”. | Tatabahasa | 17.01.2020 |
Assalamualaikum, Manakah penggunaan yang betul antara: mesyuarat pelarasan atau mesyuarat penyelarasan? | Jawapan yang tepat ialah mesyuarat penyelarasan | Tatabahasa | 21.02.2018 |
mengenai maksud laporan serta maklumat laporan untuk dalam pengajian asas pengurusan dan juga mengenai definisi penyelarasan dan tentang kepentingan dan semua maklumat penyelarasan dan laporan untuk membuat asyment. | Sila rujuk buku-buku yang disenaraikan untuk mendapatlkan maklumat lanjut tentang penulisan laporan. 1. 2. 3. | Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan | Samsuddin Wahab | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2005 | 4. Bahasa laporan: laras atau kesalahan bahasa? | Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/10/1993 | 5. Laras bahasa laporan mesyuarat | Sulaiman Masri | Dewan Masyarakat | 01/09/1996 | 6. Pemantapan bahasa dalam penulisan laporan | Mohamad Ibrahim | Pelita Bahasa | 01/11/2007 | 7. |
| Lain-lain | 21.11.2008 |
Tolong sahkan penggunaan perkataan ini sama ada boleh atau tidak dan pohon cadangan yang bersesuaian MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN, BENGKEL PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM Terima kasih | Frasa yang lazim digunakan ialah "Majlis Penutupan" kerana adanya Majlis Perasmian, manakala "Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Program" adalah betul. | Tatabahasa | 18.08.2011 |
Salam sejahtera. Difahamkan perkataan "moderasi" tiada dalam kosa kata bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian , boleh diberi cadangan untuk menggantikan perkataan tersebut untuk lebih gramatis. (Istilah "moderasi" digunakan dalam institusi kami untuk proses penyelarasan markah sebelum dan selepas skrip jawapan diperiksa. Terima kasih. | Merujuk kepada konsep yang tuan berikan tentang penyelarsan markah sebelum dan selepas skrip jawapan diperiksa adalah lebih sesuai istilah penyelarasan digunakan. Untuk istilah moderasi jika dirujuk di prprm.dbp.gov.my menyatakan bahawa istilah dalam bahasa Inggeris ialah moderation yang bermaksud penyederhanaan. Maka istilah Penyelarasan lebih sesuai digunakan berbanding moderasi. Sehubungan dengan itu, cadangan istilah moderasi yang tuan cadangkan tidak diterima mengikut konsep yang tuan berikan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 21.12.2015 |
untuk tajuk - pelarasan gaji atau penyelarasan gaji | Untuk maksud menyesuaikan dan memadankan, kedua-dua perkataan tersebut betul. Walau bagaimanpun dalam konteks yang dinyatakan bentuk yang lazim digunakan ialah "pelarasan gaji". | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Selamat sejahtera. Saya memerlukan kepastian antara frasa "keluar masuk" dan 'pergi balilk' . Mengapakah tiada penyelarasan? Jika mengikut kebiasaan, kita akan masuk dahulu kemudian keluar dan bukan sebaliknya. Manakala frasa "pergi balik' tepat penggunaannya kerana kita pergi dahulu kemudian balik. Harap dapat penjelasan. Terima kasih. | Frasa "keluar masuk" dan "pergi balik" hanya kelaziman berbahasa sahaja. Begitu juga dengan frasa "turun naik". Kita masih boleh menggunakan frasa "naik turun, tiada apa salahnya. Terima kasih. | Lain-lain | 08.09.2014 |
untuk makluman kami di Kementerian dan JKM khususnya memang mengguna pakai Orang Kurang (OKU). Namun, pihak media telah membuat penyelarasan menggunakan Orang Kelainan Upaya. Justeru, pihak kami memohon nasihat daripada tuan adakah perlu kami mengeluarkan kenyataan Media berhubung perkara ini atau dari pihak DBP? | Terima kasih atas makluman yang puan berikan. Berdasarkan semakan kami akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian mengguna istilah yang betul, iaitu Orang Kurang Upaya (OKU), tetapi akhbar Kosmo dan Harian Metro menggunakan istilah Orang Kelainan Upaya (OKU). rasanya tidak perlulah kenyataan Media dikeluarkan oleh pihak puan, sebaliknya DBP akan mengeluarkan surat teguran epada pihak akhbar berkenaan. Kami juga akan menyebarkan maklumat berkenaan melalui medium lain seperti jawatankuasa dengan pihak media. | Istilah | 27.06.2014 |
Jika DBP boleh berkrompromi dengan ejaan 1Malaysia yang sepatutnya dieja 1-Malaysia atau 1 Malaysia, saya mencadangkan agar DBP membuat penyelarasan ejaan semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan di- atau kata sendi nama di- dengan ejaan didekatkan agar tidak timbul kekeliruan pengguna bahasa Melayu. Contohnya disepak, diPerlis, disamping, diejek, diseberang, diMalaysia dan lain-lain. | 1Malaysia - dieja sedemikian kerana merujuk konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Ejaan seperti 1 Malaysia - lazimnya merujuk unit/bilangan/ukuran. Pengguna bahasa tidak akan keliru dengan penggunaan "di" kerana "di" yang berfungsi sebagai awalan perlu dieja rapat, manakala "di" sebagai kata sendi nama dieja sebagai dua perkataan. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Maklumat yang telah dilengkapkan dan dikemaskini hendaklah die-melkan ke Bahagian ini selewat – lewatnya pada 27 Mac 2014, Khamis bagi tujuan penyelarasan menerusi e-mel kepada mirsha@kkr.gov.my | Mohon kemukakan soalan puan dengan jelas. | Lain-lain | 19.03.2014 |