Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi? | Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian. Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan. Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran. Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan. | Makna | 28.04.2011 |
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) | Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu. | Istilah | 22.05.2012 |
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. | 1. Penyenggara Jalan dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara. 2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
Jelaskan perbezaan antara penyelenggaraan dengan penyenggaraan. | Penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggara sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan,; pemuliharaan, pengawasan. Kata terbitan lain daripada 'selenggara' ialah menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggara. Tiada kata terbitan 'penyenggaraan'. | Makna | 29.03.2008 |
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "planned maintenance"? 1. Penyelenggaraan Dirancang 2. Penyelenggaraan Terancang Bidang: Kejuruteraan Apakah perbezaan dalam penggunaan bagi frasa nombor 1 dan 2? Terima kasih. | Lazimnya padanan bahasa Melayu bagi planned ialah terancang. Perkataan terancang bermaksud sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2019 |
Mohon penjelasan berkenaan istilah penyelenggaraan dengan penyenggaraan. Juga bagi perkataan keterdedahan. | Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Manakala keterdedahan pula ialah perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yang wujud dalam negeri; | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Tuan / Puan (PRPM), saya ingin bertanya mengenai perkataan Penyelenggaraan dan Penyenggaraan. Saya telah merujuk di laman web PRPM, tapi masih keliru. Adakah tepat menggunakan "penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" atau "penyenggaraan"? Ia merujuk kepada aktiviti selenggara / senggara terhadap sistem yang merangkumi aktiviti backup, semakan database,arkib, preventive maintenance dan sebagainya. Mohon penjelasan pihak tuan. Terima kasih saya ucapkan. | Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul. Kedua-duanya daripada kata dasar senggara dan selenggara menerima sisipan "el" di tengahnya. Oleh itu, "Penyenggaraan/Penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" adalah betul. | Tatabahasa | 13.10.2016 |
PENYENGGARAAN ATAU PENYELENGGARAAN | KEDUA-DUA PENYENGGARAAN DAN PENYELENGGARAAN ADALAH BETUL DAN MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA | Makna | 14.03.2011 |
Apakah perbezaan antara penyenggaraan dan penyelenggaraan | Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. | Makna | 12.06.2013 |
apa maksud penyenggaraan dan penyelenggaraan | . Kamus Dewan mentakrifkan kata penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor. Penyenggaraan ialah perbuatan menguruskan, menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara. | Makna | 29.05.2009 |