Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi?Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian.  Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan.   

Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran.

 

Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan.

    
Makna28.04.2011
Selamat sejahtera, Yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "planned maintenance"? 1. Penyelenggaraan Dirancang 2. Penyelenggaraan Terancang Bidang: Kejuruteraan Apakah perbezaan dalam penggunaan bagi frasa nombor 1 dan 2? Terima kasih.Lazimnya padanan bahasa Melayu bagi planned ialah terancang. Perkataan terancang bermaksud sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dan sebagainya yang telah ditentukan.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2019
antara perkataan ( Penggaraan ) dan ( Penyelenggaraan ) Kaedah yang bagaimana untuk kita menggunakan perkataan PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. CONTOH: 1. (a) Kumpulan Wang Amanah Penyenggara Jalan atau (b) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan CONTOH: 2. (a) PENYENGGARA jalan-jalan negeri atau (b) PENYELENGGARAAN jalan-jalan negeri 3. (a) JAWAPAN atau JAWABAN Mohon Mendapat jawapan seberapa segera. Terima Kasih. (Rusli Bin Kamaruddin) PA Yang di-Pertua Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.1. Penyenggara Jalan  dan penyelenggara jalan, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan. Perkataan senggara apabila menerima sisipan 'el' di tengah-tengahnya menjadi selenggara.

2. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.
Tatabahasa27.02.2014
Salam Tuan. Saya ingin mendapatkan pengesahan dan penyemakan penggunaan perkataan bagi jenis aktiviti yang terkandung pada papan iklan. 1. Penyelenggaraan dan Pembaikan Bateri Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi maklum balas dengan kadar segera. Terima kasihSila buat permohonan bagi semakan bahasa dalam iklan melalui http://dbpsahbahasa.my/ Lain-lain12.09.2018
MOHON PANDANGAN DARI PIHAK TUAN, PENGGUNAAN BAHASA BERIKUT YANG MANA SESUAI BAGI DILETAKAN DI PAPAN IKLAN KEDAI KOMPUTER. 1. PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER 2. PUSAT SERVIS KOMPUTER 3. PENYELENGARAAN KOMPUTER 4. PENJUAL BARANGAN DAN AKSESORI KOMPUTER 5. MENJUAL BARANGAN DAN PERALATAN KOMPUTER 6. MENJUAL PERKAKASAN KOMPUTER 7. PENJUAL KOMPUTER 8. MENJUAL KOMPUTERPenggunaan bahasa Melayu yang betul bergantung pada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Sekiranya kedai tersebut menjual komputer dan tidak ada perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai ialah KEDAI KOMPUTER atau PENJUAL KOMPUTER. Sekiranya kedai tersebut hanya menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau servis komputer, keterangan aktiviti yang sesuai digunakan ialah  PUSAT PENYELENGGARAAN KOMPUTER atau PUSAT SERVIS KOMPUTER.
Lain-lain13.10.2015
apakah perbezaan di antara penyengaraan dan penyelenggaraanSalam ejahtera,

Maksud penyelenggaraan ialah 1. perbuatan menyeleng­garakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan, 2. pemeliharaan, pengawasan.
Tiada perkataan penyengaraan di dalam Kamus Dewan.

Sekian, terima kasih.
Makna18.09.2019
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan?1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll.Makna25.07.2012
Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini?

Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud  mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan  2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat  4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan  2. pemeliharaan, pengawasan.   Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. 

Makna27.01.2011
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih.1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :
Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ...

2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini.
Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini.

 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 
 Hal-hal lain berkaitan

4) Goreng pisang / pisang goreng
pisang goreng

5) Sos tomato / tomato sos
Sos tomato

6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan
Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.


Tatabahasa23.04.2013
Salam, 1. Saya ingin bertanya frasa Alat Ganti atau Alat ganti. Adakah G pada Ganti tersebut perlu dibuat huruf besar atau tidak? 2. Saya ingin bertanya adakah wujud perkatan Senggaraan yang merujuk kepada Penyelenggaraan. Perkataan Senggaraan digunakan secara meluas di tempat saya bertugas. Contoh : Kontrak Perkhidmatan Senggaraan serta menghantar Alat Ganti Kenderaan. Sekian, terima kasih

Penggunaan huruf G besar atau G kecil bergantung pada fungsi perkataan dalam ayat/frasa. Sebagai contoh: 1">

1)    Kedai Alat Ganti Kenderaan Berat – perkataan “Ganti” sebagai tajuk untuk keterangan aktiviti perniagaan pada papan iklan premis 1">

2)    Adik bermain dengan alat ganti motosikal Abang – perkataan “ganti” sebagai perkataan biasa, bukan nama khas.1">

1"> 

Senggara dan selenggara sama sahaja maksudnya. Perkataan “senggara” apabila menerima sisipan "el" menerbitkan perkataan “selenggara”.” Senggaraan/ penyenggaraan atau penyelenggaraan mempunyai maksud sama, iaitu perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu.
Tatabahasa15.11.2018
12

Kembali ke atas