Assalamualaikum wr wt Saya ingin bertanya mengenai satu variable dalam kajian saya iaitu "Family supportive supervisor behaviour? Adakah ia merupakan “penyelia sokongan terhadap keluarga” atau “sokongan penyelia terhadap keluarga”. Family-supportive supervisor behavior = atau ia sepatutnya diterjemah sebagai “tingkah laku penyelia yang menyokong keluarga:? Supervisor saya meminta saya mendapatkan khidmat nasihat DBP. Terima kasih | Kami mencadangkan “tingkah laku penyelia sokongan keluarga” sebagai pemboleh ubah (variable) bagi padanan “family supportive supervisor behaviour”. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2020 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" (konteksnya adalah di pejabat)? Bolehkah perkataan tersebut diterjemahkan sebagai "penyelia" dan "rakan sejawat"? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct supervisor" dan "direct colleagues" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penyelia langsung dan rakan sekerja langsung. | Istilah | 14.04.2014 |
Saya ingin tahu "di bawah" boleh digunakan dalam tajuk seperti berikut: Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Penyelia Terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diubah menjadi "Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Seliaan...", frasa di bawah boleh digunakan dalam konteks tempat yang abstrak. | Tatabahasa | 13.11.2014 |
Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia | Istilah | 25.04.2008 |
Apakah panggilan untuk orang yang menguruskan rumah kebajikan dan rumah orang tua ? Sekian, terima kasih. | Tidak ada satu perkataan yang khusus, tuan menggunakan perkataan pengurus atau penyelia rumah kebajikan. | Tatabahasa | 19.05.2013 |
Terjemahan "Desk Officer" ke Bahasa Melayu. Sama ada pegawai bertanggungjawab atau pegawai rujuk | Tidak ada padanan Bahasa Melayu untuk"Desk Officer " dalam data kami. Menurut carian kami "Desk Officer" merujuk kepada penyelia yang bertugas di balai polis yang bertanggungjawab memastikan keselamatan barangan berharga, menjaga bahan bukti dan lain-lain yang berkepentingan. Oleh itu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah pegawai bertanggungjawab. | Makna | 24.04.2019 |
Salam, Apakah nama bagi jawatan orang yang menjadi ketua dalam sebuah tadika seumpama guru besar di sekolah rendah? | Tiada penggunaan yang standard bagi jawatan ketua guru di sekolah tadika. Di sekolah tadika kerajaan (Tadika Kemas), Penyelia yang menyelia perlaksanaan sekolah dan menjadi ketua sekolah tersebut. Di sekolah tadika swasta lazimnya jawatan principal digunakan dan terjemahan ke dalam bahasa Melayu ialah pengetua. Hal ini tidak selari dengan sistem persekolahan kita kerana pengetua ialah ketua guru di sekolah menengah. | Istilah | 24.05.2012 |
Saya Irene, pegawai pendidikan yang sedang belajar di UKM. Saya ingin mendapatkan istilah "Argument-Driven Inquiry", "Modified Argument-Driven Inquiry", "Guided Argument-Driven Inquiry" dalam Bahasa Melayu daripada pihak DBP. Saya cuba mencarinya dalam prpm tetapi gagal mendapatnya dengan tepat. Penyelia saya mencadangkan kepada saya untuk mendapat nasihat daripada pihak DBP. Segala perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yan g dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah 2.Modified Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah Terubah Suai 3. Guided Argument-Driven Inquiry - Pertanyaan Berpandukan Hujah Terarah/Pertanyaan Berpandukan Hujah Terbimbing | Istilah | 26.09.2016 |
Mardhiyyah Nor Azizan Oct 23rd, 10:21pm Salam alaik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya tidak dapat menghantar mesej ke akaun Facebook rasmi Bajet 2016. Hal ini demikian kerana akaun tersebut tidak menyediakan pilihan tersebut. Saya berharap agar pihak Tuan dapat menegur pihak penyelia laman, agar menggunakan ejaan lengkap, bukan singkatan, bagi memartabatkan bahasa dan menjaga kredibiliti agensi kerajaan. ini adalah url untuk ditegur atau dipantau https://m.facebook.com/bajet2016 | Terima kasih atas makluman puan berhubung dengan perkara tersebut. | Lain-lain | 23.10.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sini saya nak bertanyakan soalan, apakah dasar terkini Dewan Bahasa dan Pustaka tetang penggunaan: Tulisan Rencong, Tulisan Pallava, dan Tulisan Kawi. kepada "penulisan dan persuratan berbahasa Melayu". Adakah ketiga-tiga tulisan tersebut masih mempunyai nilai rasmi yang mengikuti standard kegunaan umum DBP seperti tulisan rumi dan jawi? -Minta tolong segera jawab soalan ini, kerana jawapan kepada soalan ini saya akan kemukakan kepada sidang penyelia Wikipedia bahasa Melayu untuk panitia dasar dan garis paduan. Terima kasih | Hanya sedikit maklumat yang berkaitan dengan telusian rencong dalam sumber rujukan kami. EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India. Kini hanya tulisan rumi yang digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Sistem ejaan Jawi masih digunakan, namun penggunaannya tidak meluas dalam persuratan Melayu mutakhir. | Lain-lain | 13.11.2011 |