Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.li.di/] | ڤڽليديق

Definisi : 1. orang yg menyelidiki (mem­pelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.li.di/] | ڤڽليديق

Definisi : 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
masih keliru penggunaan 1. Felo kehormat atau felow kehormat 2. Felow penyelidik atau felo penyelidik mohon pencerahan. terima kasih.Jawapan yang betul ialah ‘felow penyelidik’.  ‘Felow’ daripada perkataan ‘fellow’ yang bermaksud ahli sesuatu institusi sama ada akademik atau profesional.Ejaan03.10.2018
"ketika baharu menjadi penyelidik" atau "ketika baru menjadi penyelidik"? jika saya lihat dalam KDP "baru" membawa maksud belum ada sebelumnya, manakala "baharu" membawa maksud mempebaharu, untuk konteks "menjadi seorang" adakah perlu digunakan "baharu" atau "baru"

Kedua-dua perkataan, baru dan baharu boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa12.09.2024
Salam tuan di talian, Saya ingin memastikan bahawa penggunaan kata sendi nama dari adalah tepat dalam ayat di bawah. 1. Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? atau Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik daripada USM?Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos.

USM- tempat.
 Apakah kejayaan yang dicapai oleh sekumpulan penyelidik dari USM? - TEPAT.
Tatabahasa02.08.2012
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya dan jika salah sila nyatakan alasannya. 1. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 2. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain...Ayat 1 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Ayat 2 agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lain".Tatabahasa24.02.2009
Praviny Muniapan Jan 20th, 1:03pm kepada tuan/puan saya praviny muniapan, seorang pegawai penyelidik di MMU Melaka. kami memerlukan pertolongan pihak tuan bagi memberi kami bahan bahan selidik untuk Bahasa Melayu, seperti korpus Bahasa Melayu. Kami tidak tahu dimana hendak menghantar utusan ini jadi telah menghantarnya melalui Facebook. kami ingin membuat satu temujanji dengan pihak tuan bagi tujuan ini pada hari selasa minggu depan. sekian praviny muniapan 0183519495Laman web DBP menyediakan domain khusus kepada penyelidik untuk membuat kajian tentang korpus. Sila layari laman web kami, dan klik domain "e-penyelidikan".Lain-lain20.01.2015
Salam sejahtera, Tim penyelidik kami menjalankan kajian tentang 'period poverty' iaitu situasi di mana seseorang individu mempunyai kekurangan utk mendapatkan keperluan menstruasi. Contohnya, tidak cukup pad/tampon, tiada akses kpd pad/tampon atau tidak mampu membelinya. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti: a) malu utk ke sekolah semasa didatangi haid b) penggunaan yang tidak sanitasi (ulang guna, tidak menukar dengan kerap c)menggunakan bahan2 yg tidak sanitasi seperti sabut kelapa, surat khabar. Soalannya: Apakah translasi utk 'period poverty' dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Cadangan padanan terjemahan bagi period poverty ialah kekangan produk menstruasi atau kekangan kelengkapan peribadi wanita.Lain-lain10.12.2020
Saya merupakan pembantu penyelidik di Fakulti Ekologi Manusia, di UPM Serdang. Bagaimanakah prosedur untuk saya mendapatkan khidmat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menterjemah perkataan ataupun beberapa terma tertentu daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu?  Maklum balas daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.Salam sejahtera, Tuan boleh mengemukakan terma atau perkataan berkaitan melalui laman web Khidmat Nasihat DBP http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Sekian. Terima kasih.Istilah07.02.2018
Assalammualaikum tuan/puan. Saya adalah penyelidik yang sedang mengkaji istilah-istilah Melayu lama yang sudah jarang digunakan. saya secara khusus sedang mencari data korpus atau penggunaan istilah "manai" yang asli sifatnya. selain itu saya juga mencari definisi dari istilah tersebut. sejauh pencarian saya, tiada sebarang kamus yang mempunyai entry ini. yang ada hanyalah "manai berumpun". Saya hanya menemukan entry "manai" tersebut di dalam korpus DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin menggali lebih dalam tentang istilah ini, ke manakah rujukan yang saya perlu cari? adakah buku, jurnal, atau kamus yang perlu saya rujuk?1. Bagi menambah korpus penggunaan kata manai, saudara boleh memperolehnya daripada https://mcp.anu.edu.au/Q/standard.html.

2. Maklumat tentang makna kata ini terrakam dalam kamus terbitan DBP, misalnya dalam Kamus Dewan (1970) dan Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus-kamus terdahulu seperti Kamus Wilkinson juga boleh dirujuk.

3. Maklumat lain bolehlah digali dengan membuat rujukan di perpustakaan.
Makna30.11.2024
Tidak Berjaya untuk Mendaftar Sebagai Penyelidik Korpus DBP Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin mengetahui sama ada masalah pendaftaran Korpus DBP telah diperbaiki. Hal ini demikian kerana saya telah cuba mendaftar sejak March tetapi sering menghadapi kegagalan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.Harap maaf, sistem Korpus DBP sedang mengalami masalah teknikal dan masalah tersebut sedang ditangani oleh Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.04.2011
saya disini ingin bertanyakan siapakah penyelidik/pengarang bagi perkataan mampan? judul/keluaran/terbitan siapa dan berapa? sumber siapa yang boleh dikaitkan dengan perkataan mampan?Kata mampan mula dimasukkan dalam entri Kamus Dewan, Edisi Keempat yang diterbitkan pada tahun 2005. Walau bagaimanapun tidak ada etimologi kata mampan dalam sumber rujukan kami.Lain-lain06.03.2011
12345

Kembali ke atas