| Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) | Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu. | Istilah | 22.05.2012 |
| Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi? | Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian. Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan. Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran. Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan. | Makna | 28.04.2011 |
| Adakah penggunaan perkataan "penyenggaraan" itu betul? Dalam pangkalan data Khidmat Bahasa Istilah 25.03.2009, ada diterangkan penggunaan kata tersebut, tetapi dalam Makna 29.03.2008 dinyatakan bahawa tidak terdapat kata terbitan "penyenggaraan". | Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
| Mohon penjelasan berkenaan istilah penyelenggaraan dengan penyenggaraan. Juga bagi perkataan keterdedahan. | Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul dan ada dalam Kamus Dewan. Kata dasar senggara dan satu variasi lagi kata yang mempunyai sisipan "el" di tengahnya dan wujudlah kata selenggara, dan lahirlah kata terbitan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Manakala keterdedahan pula ialah perihal (keadaan) terdedah: teknik ini ditentukan oleh ~ atau keperluan ekonomi yang wujud dalam negeri; | Tatabahasa | 24.06.2013 |
| apakah perbezaan penyenggaraan dan penyelenggaraan. mohon bantuan untuk sertakan bersama contoh, kesesuaian ayat digunakan dan info terperinci. Terima kasih. | Kata penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun penyelenggaraan mempunyai makna tambahan. Makna sesuatu kata di dalam kamus dipecahkan mengikut konteks penggunaannya oleh masyarakat. Berikut merupakan makna berserta ayat contoh bagi kata penyenggaraan dan penyelenggaraan dalam Kamus Dewan Perdana: senggara سڠݢارا [səŋ·gɑ·rɑ] menyenggarakan مڽڠݢاراکن [mə·ɲəŋ·gɑ·rɑ·kɑn] [psf: disenggarakan, senggarakan] kt memelihara atau menjaga (bangunan, kenderaan, jalan raya dan lain-lain) secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Kos menyenggarakan taman laut itu agak tinggi, maka caj terpaksa dikenakan kepada pengunjung.◆Setiap jurutera akan menyenggarakan pesawat yang mengalami kerosakan dengan bantuan mekanik.◆Landskap boleh direka secara ringkas supaya senang untuk disenggarakan. penyenggaraan ڤڽڠݢاراءن [pə·ɲəŋ·gɑ·rɑ·ɑn] n perbuatan menyenggarakan sesuatu: Penyenggaraan itu dijalankan di hangar Malaysia Airlines. selenggara سلڠݢارا [sə·ləŋ·gɑ·rɑ] menyelenggara مڽلڠڬارا [mə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ] ktt memelihara atau menjaga bangunan, kenderaan, jalan raya dan sebagainya secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Kerja-kerja menyelenggara akan dimulakan segera. menyelenggarakan مڽلڠݢاراکن [mə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ·kɑn] [psf: diselenggarakan, selenggarakan] 1 kt memelihara atau menjaga (bangunan, kenderaan, jalan raya dan sebagainya) secara teratur supaya berada dalam keadaan yang baik: Sepuluh orang pekerja ditugaskan untuk menyelenggarakan kawasan taman istana ini setiap hari.◆Landasan kereta api diselenggarakan oleh pekerja mahir. 2 kt mengatur dan mengurus (pertandingan, pameran dan lain-lain) supaya lancar dan sempurna: Pegawai ini telah ditugaskan untuk menyelenggarakan pameran buku agama Islam.◆Kursus kepimpinan ini diselenggarakan oleh Jabatan Perdana Menteri. 3 kt mengurus dan mengerjakan (ladang, kilang dan lain-lain) supaya berjalan dengan baik Syarikat menghabiskan banyak wang untuk menyelenggarakan kilang dan peralatannya.◆Ladang yang luas wajar diselenggarakan mengikut pengetahuan sains. 4 kt menjalankan atau melaksanakan (rancangan, perintah dan lain-lain) Parlimen harus menyelenggarakan tanggungjawab secara berkesan. penyelenggaraan ڤڽلڠݢاراءن [pə·ɲə·ləŋ·gɑ·rɑ·ɑn] 1 n hal atau perbuatan menyelenggara atau menyelenggarakan: Pengetahuan dan kemahiran penyelenggaraan komputer sangat penting pd masa kini. 2 n hal atau perbuatan mengawasi atau menjaga kesihatan, keselamatan dsb: Para doktor terlatih bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kesihatan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. | Makna | 08.08.2025 |
| Apakah perbezaan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan. berikan contoh ayat penggunaan bagi kedua-dua perkataan ini. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud penyenggaraan bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyenggara atau menyenggarakan sesuatu, perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan, selenggara (Contoh ayat: penyenggaraan bangunan) manakala penyelenggaraan pula bermaksud perbuatan (cara, hal dan sebagainya) menyelenggara, menyelenggarakan sesuatu. (Contoh ayat: penyelenggaraan seminar tersebut telah berjalan dgn lancar. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kedua-dua kata ini membawa maksud yang sama.
| Makna | 26.02.2018 |
| Apakah perbezaan di antara PENYENGGARAAN dan PENYELENGGARAAN. Contoh : Kementerian telah menyelenggara/ menyelenggara Jalan bagi tahun 2020 dengan kos sebanyak RM500 juta. Terima kasih | Kedua-dua penyenggaraan dan penyelenggaraan adalah betul dan mempunyai makna yang sama Penyenggaraan - perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Penyelenggaraan - perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan.
| Lain-lain | 25.07.2022 |
| PENYENGGARAAN ATAU PENYELENGGARAAN | KEDUA-DUA PENYENGGARAAN DAN PENYELENGGARAAN ADALAH BETUL DAN MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA | Makna | 14.03.2011 |
| Tuan / Puan (PRPM), saya ingin bertanya mengenai perkataan Penyelenggaraan dan Penyenggaraan. Saya telah merujuk di laman web PRPM, tapi masih keliru. Adakah tepat menggunakan "penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" atau "penyenggaraan"? Ia merujuk kepada aktiviti selenggara / senggara terhadap sistem yang merangkumi aktiviti backup, semakan database,arkib, preventive maintenance dan sebagainya. Mohon penjelasan pihak tuan. Terima kasih saya ucapkan. | Untuk makluman saudara kata penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya betul. Kedua-duanya daripada kata dasar senggara dan selenggara menerima sisipan "el" di tengahnya. Oleh itu, "Penyenggaraan/Penyelenggaraan Sistem Saham Bumiputera" adalah betul. | Tatabahasa | 13.10.2016 |
| Apakah perbezaan antara penyenggaraan dan penyelenggaraan | Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. | Makna | 12.06.2013 |