Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ra.han] | ڤڽرهن

Definisi : perbuatan menyerahkan (mem­-percayakan, mengamanahkan, dll): ke­kalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ra.han] | ڤڽرهن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menyerah atau menyerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serah
Kata Terbitan : berserah, menyerah, menyerahkan, terserah, penyerahan, serah2, terserah-serah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan YFrasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y".Tatabahasa18.10.2013
Pihak kami bercadang untuk menamakan bilik di pejabat. mohon pengesahan penggunaan bahasa yang betul sama ada: 1) Bilik Serahan Tender atau 2) Bilik Penyerahan TenderBilik Penyerahan Tender betul. Tetapi cadangan kami yang lebih tepat ialah Bilik Serah Tender.Tatabahasa11.12.2008
madsud tentang penyerahan bagi sesuatu projek.(handover) dalam bahasa melayu yang lebih terperinci.

Encik Mohd Zuhri,

Berikut disenaraikan terjemahan handover yang dipetik daripada Kamus Istilah: 

handover wordperkataan serah Geografi 
handoverserah Kejuruteraan 
handover mouth techniqueteknik tangan-atas-mulut Perubatan 
handover copiesnaskhah serahan Komunikasi 

Istilah21.05.2009
Hi apakah padanan untuk Delivery Note?Padanannya ialah nota penyerahan.Makna03.12.2007
Adakah betul penggunaan ejaan orang asli dalam konteks ayat di bawah? Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahan sepenuhnya sekolah-sekolah Orang Asli di bawah... Saya melalui perkampungan orang Asli yang terletak jauh di pedalaman...

Penggunaan perkataan orang asli betul dari segi ejaannya.

Ejaan20.04.2010
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Deed of Assignment? Adakah 1. surat ikatan penyerahhakan atau 2. surat ikatan penyerahan hak?

Sdr., istilah yang sesuai untuk Deed of Assignment ialah Surat Ikatan Penyerahhakan. Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain04.11.2010
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Adakah Puisi,Syair,Sajak, selain dari Cerpen & Novel, masih boleh diterima dan dihantar secara online oleh penulis baru untuk pihak DBP menilai dan dibukukan karyanya? Jika pihak DBP sedia menerima, dimanakah tempat untuk dihantarcoretan-coretan dan bagaimanakah caranya? Sekian, Terima kasih.Karya tersebut boleh dihantar secara online dengan surat iringan penyerahan bahan oleh penulis. Setiap karya yang di hantar ke DBP akan dinilai untuk dipertimbangkan penerbitannya. Karya itu bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.myLain-lain08.07.2013
BAGAIMANA HENDAK MENERBITKAN BUKU ANTROPOLOGI SEJARAH MELAYU SIBU

Saudara,

             Saya ingin bertanya kepada saudara, adakah judul di atas telah siap ditulis sebagai sebuah manuskrip yang lengkap atau masih pada peringkat penulisan? Sekiranya telah siap ditulis dalam bentuk manuskrip, maka saudara boleh terus menghantar manuskrip yang berkenaan kepada kami. Penyerahan ini mohon disertakan dengan surat dan bahan iringan iaitu  manuskrip, disket, biodata saudara dan sinopsis tentang judul yang berkenaan. Sinopsis ini harus merangkumi keterangan isi kandungan judul, jumlah bab, keterangan bab, jumlah ilustrasi yang digunakan (sekiranya ada) dan jumlah halaman manuskrip dan sasaran pembaca yang ditujukan. Nyatakan juga tentang kekuatan manuskrip ini. Kami akan menilai manuskrip ini untuk melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Sekiranya diluluskan penerbitannya, kami akan memaklumkan kepada saudara dan proses penerbitan selanjutnya akan diteruskan. Lesen perjanjian juga akan ditandatangani antara saudara (selaku penulis) dengan DBP.

Saya harap penjelasan yang ringkas ini membantu saudara. Terima kasih.     

      

  

Lain-lain14.01.2010
Assalamualaikum Pihak DBP, Saya ingin bertanya beberapa soalan tentang manuskrip. 1. Macam mana saya hendak memastikan pihak DBP sudah menerima manuskrip saya? 2. Bolehkah seseorang penulis menghantar manuskrip kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang terdahulu menolak manuskripnya?

Assalamualaikum Saudara,

                 Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan didaftarkan dulu di dalam Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP). Pendaftaran ini memerlukan nama penulis, alamat dan nombor kad pengenalan penulis. Oleh yang demikian, penyerahan manuskrip ini hendaklah disertakan maklumat yang berkenaan. Sebaik sahaja manuskrip ini didaftarkan, salinan surat pendaftarannya akan kami hantar kepada saudara berserta surat rasmi menyatakan tindakan kami selanjutnya. 

                  Saudara boleh menghantar manuskrip ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya setelah manuskrip ini ditolak secara rasmi oleh DBP (atau mana-mana penerbit).  

 

Diharap saya menjawab pertanyaan saudara. TK 

                  

Lain-lain06.07.2010
Sayua hendak menerbitkan sebuah novel "Hujan Emas Di Stadium Merdeka" melaui DBP.

Terima kasih dan syabas kerana puan berminat hendak menerbitkan buku dengan DBP. Puan boleh mengirimkan manuskrip novel puan kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Tingkat 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Sila kirimkan:

   (a)  Satu salinan manuskrip bertaip komputer atas kertas A4 yang berjilid kemas.

   (b)  Satu salinan lembut (soft copy) manuskrip tersebut dalam disket atau CD.

   (c)  Surat iringan penyerahan manuskrip kepada Ketua Editor.

 Manuskrip novel puan akan dinilai terlebih dahulu, dan jika sesuai baharulah akan diterbitkan.

 Selamat menulis dan semoga berjaya.

 

Lain-lain05.08.2011
12

Kembali ke atas