Bagaimanakah proses pemilihan pinjaman bahasa dibuat? | Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila: 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 10.08.2022 |
dalam KBSR digunakan perkataan 'penyerapan nilai' manakala dalam KSSR menggunakan 'penerapan nilai'. kedua-dua perkataan tersebut merujuk kaedah pengajaran. Adakah penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam konteks pengajaran? | Kamus Dewan mentakrifkan penyerapan sebagai proses (perbuatan dan sebagainya) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; pengambilan dan pemasukan ke dalam (sesuatu sistem, fikiran), penerimaan (dan penyebatian). Penerapan pula ialah perihal (perbuatan dan sebagainya) menerap atau memasang (enjin dan lain-lain), pemasangan (enjin dan lain-lain); perihal (perbuatan dan sebagainya) menerapkan (mengenakan pada, menyerapkan, dan sebagainya), perbuatan mempraktikkan. Berdasarkan takrifan, penerapan dan penyerapan membawa maksud yang sama dalam pengajaran. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Apakah sebab ramai orang eja salah pada perkataan kuetiau? | Salah satu cara pembentukan kata bahasa Melayu adalah melalui penyerapan kata pinjaman. Perkataan kuetiau berasal dari China. Proses penyerapan kata pinjaman dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Penyerapan kata asing ke dalam bahasa Melayu sama ada mengambil keseluruhan bentuk kata atau dengan penyesuaian ejaan dan sebutan. Huruf dilafazkan menurut bunyinya dalam bahasa Melayu. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kesalahan ejaan untuk sesuatu perkataan. Kesalahan ejaan pada perkataan kuetiau lazimnya kerana pengeja cenderung mengeja perkataan tersebut mengikut sebutan yang lazim didengar dan digunakan dalam kehidupan seharian. Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan adalah betul. | Lain-lain | 26.05.2023 |
Apakah proses pembentukan istilah 'muat naik' dan 'muat turun' dalam bahasa Melayu untuk padanan upload dan download? | ntuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud prosespenyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Prosespembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilahasing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilahMelayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilahasing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2018 |
1. Adakah kata simptom ( symptom) merupakan golongan kata adjektif? Sekiranya kata simptom adalah golongan kata adjektif, apakah bentuk katanya? Adakah ianya bentuk kata sifat atau warna atau ukuran dan sebagainya? 2. Saya keliru sama ada kata preskripsi itu berasal daripada bahasa sumber Latin atau Inggeris? Dan apakah kaedah pembentukan istilah bagi kata preskripsi? | 1. Perkataan simptom merupakan kata nama. 2. Perkataan preskripsi berasal daripada bahasa Latin. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. | Istilah | 20.12.2020 |
Saya kurang pasti mengenai faktor pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu. Melalui pembacaan penyerapan istilah asing, bentuk-bentuk serapan,istilah asing yang sudah lazim, pemilihan kata daripada Bahasa Melayu, pemilihan kata daripada Rumpun Melayu, perbendaharaan kata bahasa asal dinyatakan sebagai faktor. Adakah ini benar. Mohon penjelasan dan buku rujukan. | Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 02.02.2013 |
Bagaimanakah proses peristilahan bahasa Melayu berlaku? Contohnya penciptaan istilah baharu dalam media sosial seperti swafoto, netizen, tular, tanda pagar, emotikon dan sebagainya. Sebelum ini penggunaan perkataan selfie kerap digunakan namun, kini DBP telah mencipta istiah baharu dalam bahasa Melayu iaitu swafoto. Boleh saya tahu bagaimana proses peristilahan ini berlaku berdasarkan skema tatacara pembentukan istilah bahasa Melayu. | Untuk makluman, pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Proses pembentukan kata atau pinjaman ini dibuat mengikut rumus yang ada dalam tatabahasa bahasa Melayu dan pedoman pembentukan istilah. Salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah bahasa Melayu bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. | Istilah | 15.10.2020 |
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata. | Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP. | Istilah | 20.01.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah penyerapan bahasa asing seperti Matematik, Geografi, Psikologi dan sebagainya. Jika kita lihat pengunaan istilah ini sangat meluas dalam bidang pendidikan,sedangkan istilah-istilah seperti yang dinyatakan mempunyai makna yang tersendiri dalam bahasa Melayu seperti Matematik sebagai ilmu hisab, Geografi sebagai ilmu alam dan Psikologi sebagai ilmu jiwa. Persoalannya mengapakah istilah-istilah seperti ilmu hisab ini tidak digunakan dan diketepikan, sebalikknya kita menggunakan istilah serapan bahasa asing seperti matematik sebagai satu perkataan yang digunakan pakai secara meluas? Diharap pihak tuan dapat memberikan sedikit ulasan berkaitan perkara di atas.Sekitan terima kasih | Semua bangsa pasti berinteraksi dengan bangsa-bangsa yang lain dalam dunia sejagat. Proses ini menggunakan bahasa sebagai alat dan wahana penyampaian fikiran dan hasrat. Dalam proses komunikasi ini, pelbagai konsep ilmu akan dipindahkan menerusi peminjaman kata dan istilah antara satu bahasa ke satu bahasa yang lain sesuai dengan ungkapan istilah jambatan ilmu. Dalam interaksi bangsa Inggeris dengan bangsa Arab, terutama dalam bidang sains, banyaklah ilmu yang ditimba mereka, dan banyaklah konsep yang dipinjam melalui istilah seperti ‘alchemy’, ‘alcohol’, dan ‘algorithm’. Semakin kuat pengaruh ilmu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa, semakin banyaklah kosa katanya dipinjam oleh bahasa yang lain. Kerana itulah istilah perubatan Inggeris sebahagian besarnya dipinjam daripada kata Yunani dan Latin. Tiada sesiapa pun pernah mempersoalkan istilah bahasa Inggeris yang bersifat kelatinan. Tiada seorang pun sekarang yang mempertikaikan kemampuan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Sejarah telah merakamkan bahawa bahasa Melayu sudah pun berperanan sebagai bahasa perdagangan. Semenjak zaman kesultanan Melaka lagi, bahasa Melayu digunakan untuk urusan perniagaan dan perdagangan di pelabuhan di seluruh kepulauan Melayu, dari Sumatera ke Papua, di seluruh pelosok Nusantara ini. Pada masa sekarang pun bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan oleh institusi kewangan, sektor insurans dan sektor peniagaan lain. Proses peminjaman kata dan istilah juga terus-menerus berlaku baik daripada bahasa Inggeris mahupun bahasa-bahasa lain. Apabila perbankan Islam semakin banyak dilaksanakan maka banyaklah pula istilah Arab yang kita pinjam lalu timbullah nanti tanggapan bahawa istilah Melayu sudah kearaban. Dalam persaingan dan percampuran bahasa yang semula jadi sifatnya, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar istilah yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah. Peranan ilmuwan Melayu juga harus lebih rancak menghasilkan tulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan genre agar bahasa Melayu juga menjadi bahasa ilmu yang mempunyai pengaruh dan dipinjam pula oleh bangsa lain sehingga suatu hari nanti bahasa Inggeris juga bersifat kemelayuan. | Lain-lain | 12.03.2013 |
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistik | Personifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih. Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~. Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. | Makna | 15.07.2013 |