Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyetempatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) "Software Localization" merujuk kepada proses menyesuaikan produk perisian untuk memenuhi keperluan bahasa, kebudayaan dan teknikal sesuatu pasaran. Bolehkah "Penyetempatan Perisian" dan/atau "Penyesuaian Tempat Perisian" diterima sebagai terjemahan "Software Localization"? 2) "Transcreation" merujuk kepada proses kreatif yang mengadaptasikan sesuatu mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain, sambil mengekalkan niat, gaya, nada dan konteksnya. Proses ini merangkumi terjemahan serta "penciptaan semula" (Translation & Re-creation). Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Transcreation" (jika ada)? Sekali lagi, terima kasih.Untuk makluman, istilah software Localization dan Transcreation tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, pihak kami mencadangkan terjemahan bagi software Localization ialah Penyetempatan perisian dan terjemahan bagi Transcreation ialah penciptaan semula terjemahan. 


Penyemakan dan penterjemahan02.05.2019
Salam dan terima kasih kerana membantu. 1) "Localization" dalam konteks berkenaan bermakna proses menjadikan sesuatu berciri atau bersifat tempatan. Yang manakah antara berikut terjemahan "localization" yang paling sesuai dalam konteks tersebut - "persetempatan" atau "penyetempatan" atau apa-apa terjemahan yang lain? 2) "Transcreation" bermakna 'menterjemahkan' DAN 'mencipta semula' teks asal/sumber kepada bahasa baharu sambil memastikan ia masih sesuai dalam konteks yang dimaksudkan. Apakah terjemahan "transcreation" dalam Bahasa Melayu? Terima kasihlocalization=penyetempatan
transcreation - untuk makluman, setakat ini tiada istilah yang dicipta untuk perkataan ini. Padanan 'mencipta semula' teks asal/sumber kepada bahasa baharu sambil memastikan ia masih sesuai dalam konteks yang dimaksudkan' boleh diguna pakai sebagai keterangan maksud.
Makna28.04.2019

Kembali ke atas