Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyia.sa.tan] | ڤڽياستن

Definisi : perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak­-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
apakah peribhs utk situasi : penyiasatan kes amanah itu bertambah rumit dan amat sukar utk ditangani spt ........ kerana membabitkan byk pihak yg berkepentingan.Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain17.02.2012
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012
bagaimanakah cara untuk saya jadi seorang penulis novel?

Ada pelbagai cara untuk menjadi seorang penulis novel. Antaranya saudara perlu banyak membaca novel karya orang lain terlebih dahulu mengikut tema yang menjadi minat saudara seperti kisah cinta, penyiasatan, sejarah, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, latar, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens, imbas muka, imbas kembali, pembahagian bab, dan unsur lain yang menjalin struktur sesebuah cerita. Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, budaya, sains, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, akademi penulisn atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara. Pada masa ini juga banyak buku panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak panduan untuk saudara menulis. Mungkin saudara boleh mulakan dahulu dengan menulis cerpen untuk memantapkan penulisan saudara. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis fiksyen yang baik, mahu tidak mahu ia bergantung juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah bakat  seni (kreatif) tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Semoga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti.

Lain-lain27.10.2010
INQUIRY makna dan dalam pelbagai bentuk istilah ilmu. contohnya dari Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam menggunakan dan menyerapkan maknanya... ke INKUIRI.. adakah betul penggunaan ini?Untuk makluman, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "inquiry", iaitu pertanyaan, penyiasatan, tanya siasat dan inkuiri. Perkataan "inkuiri" terdapat dalam istilah bidang Pendidikan, contohnya: curriculum inquiry - inkuiri kurikulum.Istilah18.04.2013
imbuhan meng- pada perkataan menghujani mempunyai makna atau tidak ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud menghujani ialah mendatangkan (melepaskan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (pertanyaan, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan.

Makna05.11.2009
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandanganBerdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan  bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal.Istilah22.07.2013
adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. Makna08.03.2008
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
salam. saya amat meminati dunia penulisan. saya pernah menghasilkan satu novel online. Tapi, daripada segi kualiti mungkin agak rendah kerana mungkin penggunaan struktur kata yang agak kurang bijak, tidak cukup puitis, kosa kata tidak meluas dan kadang-kadang pengakhiran cerita dapat diteka oleh pembaca. Saya betul-betul berminat untuk menjadi penulis dan menerbitkan buku. Saya berkehendakkan khidmat daripada DBP dalam memberi tunjuk ajar dan tips bagi menjadi seorang penulis. harap kepada respon. kerjasama tuan diucapkan terima kasih.Salam. Tips untuk menjadi penulis, antara lain, saudara perlu banyak membaca karya orang lain terlebih dahulu. Jika saudara ingin menulis novel misalnya, maka bacalah novel yang temanya menjadi minat saudara, contohnya kisah cinta, penyiasatan, misteri dan sebagainya. Teliti cara penulis itu menulis karya mereka dari segi pengadunan plot, watak perwatakan, seting, gaya, bahasa, teknik seperti monolog, dialog, saspens; pembahagian bab, dan apa-apa sahaja yang menjalin sesebuah cerita.  Selain itu, saudara perlu mempunyai ilmu bantu yang merentas bidang seperti teori sastera, psikologi, falsafah, sosiologi dan sebagainya, kerana penulisan merupakan gambaran kehidupan, sama ada yang berlaku di alam realiti ataupun imaginasi semata-mata. Saudara juga disarankan agar memasuki mana-mana kursus atau bengkel penulisan yang banyak diadakan oleh badan-badan penerbit, atau orang perseorangan yang boleh menjadi mentor saudara.  Pada masa ini juga, banyak buku  panduan menulis boleh didapati di pasaran, yang dapat memberi banyak tips untuk saudara menulis. Dan akhir sekali, untuk menjadi penulis yang baik, maka mahu tidak mahu, ia terpulang juga kepada bakat semula jadi seseorang itu. Jika seseorang itu dianugerahi Allah, bakat semula jadi (alami), tanpa banyak belajar pun, dia akan menjadi penulis yang baik. Moga saudara menjadi seorang penulis yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah. Wassalam.Lain-lain05.05.2010
12

Kembali ke atas