STOR SIMPANAN BARANGAN ATAU STOR PENYIMPANAN BARANGAN | Perkataan "STOR" sahaja sudah memadai kerana "stor" bermaksud tempat menyimpan barang. | Istilah | 11.02.2015 |
Yang manakah ejaan yang betul bagi tempat penyimpanan barang-barang, stor atau setor? | Ejaan yang betul ialah stor. | Ejaan | 08.01.2007 |
Apakah terjemahan bagi perkataan "car pound" iaitu tempat penyimpanan kereta yang ditunda? | Tidak ada padanan car pound dalam sumber rujukan kami. Car pound boleh diterjemahkan kepada tempat simpan kereta tunda. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2016 |
Salam sejahtera, Penggunaan yang betul ialah "negara penyimpan gas" atau "negara penyimpanan gas"? Sekian, terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah "negara penyimpan gas". | Ejaan | 08.01.2011 |
As-salam, Saya dari Perpustakaan Negara Malaysia ingin mohon penjelasan penggunaan perkataan dan istilah yang digunakan untuk tempat penyimpanan buku rak tertutup yang sebelum ini kami namakan 'Bilik Stek'. Timbul persoalan di sini adakah istilah 'Bilik Stek' itu boleh diguna pakai untuk dilekatkan sebagai papan tanda, istilah 'Bilik Stek' tersebut adalah terjemahan dari perkataan Inggeris 'Stack Room' yang digunakan oleh perpustakaan luar negara. Mohd Izani Che Jaafar Pusat Rujukan Malaysiana Dan Luar Negara | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "stek" dalam bahasa Melayu. Dalam istilah bidang Perpustakaan, padanan bahasa Melayu untuk "stack" ialah rak atau rak simpanan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "stack room" ialah bilik rak atau bilik rak simpanan. | Istilah | 03.09.2015 |
definisi frasa demi frasa bagi perkataan berikut:- teknologi maklumat dan komunikasi | Teknologi maklumat dan komunikasi bermaksud pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. | Makna | 24.12.2007 |
1. Bagaimanakah penggunaan kata 'ia' dengan betul? Ayat : Komputer merupakan satu yang penting dalam era glbalisasi kini. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa malah memudahkan kerja penyimpanan data. Adakah penggunaan 'ia' dalam konteks ayat di atas betul? Adakah 'ia' cuma digunakan untuk manusia sahaja? | Ayat tersebut betul. Ia ialah kata ganti nama ketiga. Boleh juga digunakan untuk benda. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.07.2008 |
Apakah maksud yang tepat dalam bahasa melayu bagi membezakan terma "food safety" dan "food security"? Adakah terdapat maksud yang spesifik antara kedua terma tersebut? | Menurut istilah bahasa Melayu maksud food safety ialah keselamatan makanan yang bermaksud Disiplin saintifik yang menerangkan pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan untuk mencegah pencemaran dan penyakit bawaan makanan. Keselamatan makanan meliputi beberapa rutin yang perlu diikuti bagi mengelakkan kemungkinan bahaya kimia, fizikal dan biologi yang akan berlaku manakala food security ialah keselamatan makanan yang bermaksud masa tanpa mengira keadaan fizikal, sosial dan ekonomi. Bekalan makanan tersebut perlu memenuhi keperluan pemakanan untuk kehidupan yang aktif dan sihat. | Makna | 30.12.2019 |
Salam pihak DBP. Saya ingin membuat cadangan agar pihak DBP menerbitkan majalah dan buku secara digital seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi masa kini. Saya ingin membeli majalah seperti DEWAN SASTERA, BUDAYA dan sebagainya tetapi secara digital kerana pertama mudah untuk dibawa dan dibaca kemana-mana. Kedua, memudahakan penyimpanan. Jika bahan bacaan masih bersifat tradisional/fizikal akan menyukarkan pembaca menyemak dan mencari kembali bahan bacaan yang lama yang mungkin tersimpan di stor dan sebagainya.Oleh itu saya memohon agar pihak DBP mempertimbangkan cadangan ini agar bahan bacaan DBP kekal relevan dan terus diminati terutamanya generasi muda. Terima kasih. | Salam tuan yang dihormati, Untuk makluman, pihak DBP kini sedang dalam proses ke arah penerbitan buku dan majalah secara digital. Sungguhpun begitu, pada peringkat awal, tidak semua akan didigitalkan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian dan keutamaan. | Lain-lain | 26.09.2017 |
sekiranya pihak tuan merujuk gambar ini, istilah apakah paling sesuai digunakan dalam bahasa malaysia bukan sahaja melibatkan aspek teknikal tetapi juga aspek perundangan. saya ada merujuk istilah tong sebagai paling mudah difahami seperti dinyatakan di dalam kamus pelajar tetapi bahasa english jelas memberi istilah tong sebagai 'barrel' (seperti tong minyak mentah). Perkataan digunakan dalam bahasa english merujuk gambar tersebut ialah mobile garbage bin dimana saya tidak pasti sama ada perkataan bekas penyimpanan beroda atau tong sampah beroda yang sesuai digunakan dalam dokumen garis panduan & peraturan di Kementerian ini. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk mobile garbage bin dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk bin ialah tong. Oleh itu, istilah yang dicadangkan oleh pihak tuan, iaitu tong sampah beroda boleh digunakan dan adalah sesuai dalam konteks ini. | Istilah | 05.10.2012 |