penyodok sampah atau pengaut sampah serta apakah penjodoh bilangan yang sesuai? | Nama alat tersebut ialah penadah sampah, iaitu padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan. Penjodoh bilangan yang sesuai ialah "sebuah" | Makna | 22.04.2014 |
Apakah nama alat yang digunakan untuk mengumpulkan sampah ketika disapu adakah penyodok? | Nama alat tersebut ialah penadah sampah, iaitu padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Salam sejahtera, tuan. 1. Saya menghantar emel kepada kawan saya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) internet. 2. Perkataan "tiba", "sampai" dan "datang" diikuti dengan perkataan "di" atau "ke"? 3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun (sampai/tiba/datang). 4. Saya berasa terkejut (dan/lalu) cepat masuk ke dalam rumah. 5. Pencuri itu (berasa/-) takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Adakah perkataan "berasa" itu penting? Apakah perbezaan antara perkataan "berasa" dan "rasa"? 6. kakak minum teh di dalam rumah atau kafe? / kaka minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe? 7. walalupun saya berenang di atas permukaan air, tetapi saya harus menulis "saya berenang di dalam air"? 8. Saya mencari maklumat DI DALAM BILIK menggunakan komputer pada setiap hari. / Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari. 9. Adakah turutan nama(N), aktiviti(A), tempat(T), benda(B) dan keterangan (K) itu penting? contohnya, saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu. Terima kasih | 1. Saya menghantar emel kepada kawan saya. 2. Perkataan tiba/sampai/datang + di/ke bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya apabila kereta api tiba di stesen itu ramai penumpang yg turun dan mereka sedia menerima sebarang bahaya yang akan tiba. 3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun sampai/tiba/datang. 4. Saya berasa terkejut lalu cepat masuk ke dalam rumah. 5. Pencuri itu takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasa dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berasa untuk melihat perbezaan makna rasa dan berasa. 6. Kakak minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe. 7. Walalupun saya berenang di dalam air. 8. Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari. 9. Dalam pembentukan ayat pola yang ada ialah Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Sendi Nama dan Frasa Nama + Frasa Adjektif. Walau bagaimanapun pola ini boleh berubah dalam ayat songsang. Contohnya ayat saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu dan ayat pada hari Ahad yang lalu saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok, kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 03.10.2012 |