leksikografi | Leksikografi bermaksud penyusunan kamus; hal-hal yg berkaitan dgn kamus: ahli ~ orang yg menyusun kamus; penyusun kamus. | Makna | 27.08.2010 |
Dilampir lakaran papan iklan untuk khidmat nasihat dari segi penyusunan, bahasa dan ejaan yang digunakan. | Sila layari laman web DBP dan klik pada e-perkhidmatan, kemudian Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk menghantar iklan. | Lain-lain | 03.01.2012 |
Tuan, adakah ayat di bawah terdapat kesalahan struktur ayat atau penyusunan ayat yang tidak betul? 1. Suasana sungguh meriah sekali di Hari Kantin Sekolah. 2. Boleh perkataan satu burger digunakan dalam pembinaan ayat? 3. Bolehkah perkataan seperti pau digunakan dalam satu ayat? | Tidak ada kesalahan dalam ayat pertama. Perkataan satu burger boleh digunakan apabila merujuk bilangan makanan tersebut dan perkataan pau juga boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa Melayu | Usaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan. Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan. | Lain-lain | 21.04.2008 |
Apa ialah tatabahasa ? defination | Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain. | Makna | 26.10.2009 |
apakah maksud Page Setup di dalam bahasa melayu bagi penggunaannya dalam bidang komputer. | Kami cadangkan sediaan halaman atau penyusunan halaman. Harap mkalum. | Istilah | 31.12.2007 |
APAKAH FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA DAN CARA- CARA MENGATASINYA. | Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll, nahu. Antara faktor yg menyebabkan berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa ialah ketiadaan seseorang dalam ilmu bahasa khususnya dalam bidang tetabahasa. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menguasai bidang tersebut terlebih dahulu. T.kasih. | Lain-lain | 07.09.2008 |
apakah bentuk dan gaya retorik? Apakah Retorik Lisan dan Penulisan dalam pelbagai genre? | Gaya boleh mambawa maksud cara menulis/mengarang atau bertutur dengan menggunakan kata-kata dan penyusunan ayat yang sesuai. Retorik (linguistik) merupakan kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan. Boleh juga merujuk seni menggunkan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato. Boleh juga merujuk bahasa yang dibuat-buat atau dibesar-besarkan - bahasa retorik. | Lain-lain | 29.08.2006 |
contoh ayat transformasi " ke pasar," Entah ke mana perginya Zilalah "macam mana dia nampaknya?" adakah ini ayat transformasi? | Ayat Transformasi yang telah mengalami perubahan aturannya sama ada melalui pengguguran, penyusunan semula atau peluasan unsur-unsur struktur dalaman ayat tersebut. Ayat ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, Bab 19: Proses Penerbitan Ayat. Sila rujuk halaman 531, buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
maksud bagi morfologi,tatabahasa,bahasa | morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan;tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (penyusunan kata dlm ayat) dll dan bahasa ialah 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; | Makna | 27.07.2007 |