Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju. | 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa; Melentur biarlah waktu rebung. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan yang terpermanai. 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni. 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk mencapai negara yang bertamadun. | Tatabahasa | 24.08.2018 |
Jika ditinjau dari dimensi yang berbeza,ibu bapa juga dapat memberi ilmu mengurus wang yang betul.Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa ibu bapa sepatutnya menasihati bahawa anak-anak supaya tidak berbelanja wang atas membeli barangan yang tidak berguna untuk belajar pengajian tinggi di Universiti Biar kita lihat,anak-anak yang masih belajar mengatur belanjawan masing-masing dengan cara menyimpan sebahagian daripada wangg saku dalam simpanan tetap di institusi kewangan kini.Anak-anak mereka sering mengadakan pertemuan di pusat beli-belah,pusat hiburan dan di tepi-tepi tembok hingga pada waktu malam.Anak-anak yang sering belanjawan wang saku atas membeli barangan makanan tahun permainan dan sebagainya keluar dari rumah .Biar kita ambil contoh,kita perlu bijaksana membeli barangan yang kita memerlukan dalam kehidupan seharian .Baiarlah kita mula menabung dengan bijaksana atau menyimpan walaupun dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.” Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Jika dilihat dari sudut yang berbeza, ibu bapa juga perlu memberikan ilmu tentang pengurusan wang yang betul kepada anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa seharusnya sentiasa menasihati anak mereka supaya tidak boros ketika berbelanja khususnya ketika melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Perkara ini penting untuk diterapkan dalam diri anak-anak kerana mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya untuk keluar melepak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan yang akhirnya akan menyebabkan pembaziran wang. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan menasihati anak-anak supaya bijak mengatur perbelanjaan mereka dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja. Dalam masa yang sama, budaya menabung juga perlu disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi walaupun dengan jumlah yang sedikit, kerana bak kata pepatah, “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.
| Lain-lain | 27.01.2021 |
BIDALAN DAN PERUMPAMAAN | Bidalan adalah sejenis ungkapan yang menekankan tentang teladan yang mengandungi unsur pengajaran. Bidalan biasanya disampaikan dalam bentuk bandingan. Menurut Za’ba(2002:170) Bidalan lebih memberatkan tentang sifat melekatnya di mulut orang ramai dan tentang bandingan dan teladan yang ada di dalamnya. Jika pepatah dikenali juga sebagai peribahasa selapis, begitu juga dengan bidalan. Terlajak perahu boleh diundur,Terlajak kata emas padahnya. Perumpamaan ialah susunan bahasa yang ringkas dan padat yang membawa makna dua lapis. Ungkapan Melayu tradisional ini menyebutkan sesuatu maksud dengan memberikan perumpamaan kepada sesuatu perkara yang lain yang serupa dengannya. Mengikut Za’ba (2002: 170) perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang menyebut sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu jadi ertinya dua lapis. Contohnya “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Seperti bumi dengan langit - Seperti api dalam sekam
- Seperti anjing dengan kucing
| Lain-lain | 16.03.2010 |