Apakah panduan untuk kita mengenal pasti bahawa sesuatu perkataan itu dibaca sebagai `e taling`atau `e pepet `.Contohnya, untuk perkataan ` pepet`. apakah sebutan yang betul? Terima kasih | Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah, dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300. | Tatabahasa | 05.09.2008 |
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan ledak? E taling atau e pepet? | Ledak - e pepet sama seperti sebutan e dalam bedak. | Tatabahasa | 08.09.2013 |
Saya ingin bertanya apakah asal usul e pepet dan e taling? Semestinya nama pepet dan taling itu diberi oleh seseorang. Seterusnya apakah sebutan taling yang betul? Taling atau teling (teyling). | Tidak ada maklumat tentang sejarah kewujudan huruf e pepet dan e taling dalam pangkalan data kami. Sebutan adalah seperti ejaan - taling. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra. | Ejaan yang betul ialah mantera. Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
Salam, sambungan kepada soalan SESTA tadi, bagaimana pula ejaannya jika sebutan e ialah e pepet. Saya ingin tahu ejaan Jawi bagi kedua2 sebutan, e pepet dan e taling. Terima kasih. | Ejaan SESTA (e pepet) ialah سستا dan ujian SESTA (e taling) ialah سيستا. | Ejaan | 09.10.2019 |
Bagaimana untuk saya bezakan antara e taling dan e pepet? ada tak formula tertentu untuk mengenali e taling dan e pepet? | Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal iaitu i, a dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate dan tauge. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300. | Tatabahasa | 29.09.2014 |
Salam... saya ada terbaca soalan yang sama tetapi jawapan yang diberikan berbeza iaitu persoalan "erat" sama ada e dibaca pepet atau taling dalam carian PRPM@DBP Malaysia. soalan pada 12.10.10, jenis soalan ejaan menyatakan e dibaca pepet, kemudian soalan yang hampir sama ditanyakan mengenai erat pada 6.10.11, jenis soalan tatabahasa menyatakan e pada erat adalah taling. pada 3.7.13, jenis soalan tatabahasa yang menyatakan e pada erat adalah pepet mengikut rujukan DBP edisi ke-4. Jadi, yang mana satukah yang paling tepat kerana kesukaran mengeja jawi sama ada alif ya atau alif sahaja.. jika sebutan erat yang ditambah imbuhan menjadi mengeratkan, e masih pepet atau taling? contoh, dia mengeratkan tali persahabatan. jika e dibaca pepet, seolah-olah kata dasar mengeratkan menjadi kerat... saya masih keliru... mohon penjelasan. terima kasih | 1. Apabila perkataan "erat" menerima apitan meN-...-kan, perkataan "mengeratkan" disebut dengan menggunakan e pepet. Pengguna bahasa Melayu seharusnya dapat membezakan perkataan "mengeratkan" yang kata dasar "erat" daripada perkataan "mengeratkan" yang kata dasarnya "kerat". Saudara tidak sepatutnya keliru dengan ungkapan "mengeratkan silaturrahim" kerana kata dasar "mengeratkan" dalam ungkapan ialah "erat", bukan "kerat". Orang selalu menyebut "memutuskan silaturrahim", bukannya "mengeratkan silaturrahim" yang kata dasarnya "kerat". | Tatabahasa | 07.10.2013 |
salam, adakah cara bacaan sebenar bagi perkataan "templat" itu menggunakan e pepet?? selalu dengar orang baca dengan e taling, tapi apabila perasan ejaan jawinya تمڤلت itu dibaca dengan e pepet jadi baru rasa musykil... | Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu, sebutan 'e' bagi perkataan templat menggunakan sebutan e pepet. | Lain-lain | 19.06.2020 |
BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBEZAKAN E PEPET DAN E TALING DALAM TULISAN JAWI | Dalam tulisan Jawi, e pepet pada awal kata diwakili huruf ا seperti ejaan امق dan pada pertengahan kata tidak diwakili huruf seperti ejaan بله . Huruf e taling pula pada awal kata diwakili huruf اي seperti ejaan ايلق dan pada pertengahan kata diwakili huruf ي seperti ejaan ميره . | Ejaan | 17.04.2013 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya yang manakah kombinasi simbol fonetik untuk vokal 'e' yang tepat? 1. [é] (untuk e taling) dan [e] (untuk e pepet) atau 2. [e] (untuk e taling) dan [ə] (untuk e pepet) Terima kasih. | Simbol bunyi untuk e pepet [e] seperti e.mak dan simbol bunyi untuk e taling [ə] seperti ə.kor. | Tatabahasa | 23.07.2015 |