1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?) | Pepohon bermakna pohon-pohon. Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul. Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela. | Lain-lain | 22.07.2014 |
Assalamualaikum, saya nak tanya... 1. penggunaan penjodoh bilangan setiap boleh tak digabungkan dengan kata ganda. contohnya, setiap pepohon. | ‘Setiap’ ialah kata bilangan bukannya penjodoh bilangan. Gabungan ‘setiap pepohon’salah kerana kata bilangan tidak boleh digabungkan dengan kata ganda (pepohon). | Tatabahasa | 26.11.2014 |
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama | Sawah bendang, pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama). | Lain-lain | 05.10.2009 |
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "bush fruit"? Ayat bahasa inggeris yang mengandungi perkataan di atas adalah seperti berikut: - Growing of other tree and bush fruits | Cadangan terjemahan bagi "bush fruits" ialah buah-buahan pepohon. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2015 |
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan. | Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut: I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai. II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan. | Tatabahasa | 15.07.2014 |
Salam. 1. Adakah "sesuatu" dan "seseorang" juga tergolong dalam ka5a ganda separa? 2. Adakah kata ganda separa hanya merujuk kepada kata nama sahaja? TERIMA KASIH. | Perkataan "sesuatu" dan "seseorang" tidak tergolong dalam kata ganda separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Selain penggandaan separa kata tunggal yang lazimnya merupakan kata nama seperti: laki --> lelaki pohon --> pepohon ada juga pengganda separa daripada kata berimbuhan yang terdiri daripada kata kerja: berlari-lari dimarah-marah mencari-cari tolong-menolong Untuk mendapatkan maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 77 dan 137. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Assalamualaikum..merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 terbitan DBP, pada muka surat surat 146, ada dinyatakan tentang kata ganda SEPARA berimbuhan berserta contoh: berlari-lari (awalan), sayur-sayuran (akhiran), bersalam-salaman (apitan) dan beberapa contoh yang lain. (Sila rujuk lampiran fail yang saya sertakan) Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada kata ganda SEPARA berimbuhan benar-benar wujud dan adakah bentuknya seperti yang tercatat dalam buku teks tersebut? TERIMA KASIH. | Merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. i. Penggandaan separa kata tunggal : laki menjadi lelaki, pohon menjadi pepohon. ii. Penggandaan separa kata berimbuhan berlari = berlari-lari kenang= kenang-kenangan kuning = kekuning-kuningan Sila rujuk halaman 77 untuk lebih lanjut.
| Tatabahasa | 03.10.2014 |
[Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang. Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79. | Tatabahasa | 11.08.2010 |