Bagaimanakah penulisan kata bilangan pecahan yang betul, contoh: satu per satu, satu per dua, satu per tiga, satu per empat, satu per lima ATAU satu persatu, satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima. Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 23.03.2011 |
Apakah perceraian suku kata bagi perkataan "permainan"? Adakah: 1. Per-ma-in-an 2. Per-ma-i-nan 3. per-main-nan terima kasih | Per.mai.nan (pemenggalan suku kata yang betul) | Lain-lain | 02.02.2018 |
Penggunaan 'per' atau 'par' Yang mana satukah yang betul: 1) Beratnya 50 kg per kotak atau Beratnya 50 kg par kotak? 2) Harga percutian ialah RM300 per pax atau par pax? | Untuk makluman perkataan "per" tidak digunakan dalam konteks ini. 1. Ayat yang dicadangkan ialah Berat satu kotak ialah 50 kg atau Berat sekotak ialah 50kg 2. Harga percutian ialah RM300 seorang. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2016 |
Assalamualaikum, apakah istilah bahasa Melayu untuk frasa "actionable per se" dan "contractual entrants". Terima kasih | Waalaikumsalam, Saudara, pihak kami mencadangkan istilah bagi frasa "actionable per se" ialah perbuatan per se manakala "contractual entrants" pula ialah peserta berkontrak Terima kasih.
| Istilah | 28.06.2020 |
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'? | Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut: Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa). Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai). | Tatabahasa | 16.03.2009 |
Sino-Japanese Weekend Buffey Lunch Every Saturday Rm88 per adult | RM60 per chil For enquiries or reservations, please call +6 07 599600 Ext.8607 or email : fnbsec@palmresort.com | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas dalam Bahasa Melayu.
| Lain-lain | 11.01.2018 |
Mohon bantuan pihak DBP untiuk memberikan beberapa contoh ayat bagi perkataan per se | Kajian ini bukan membabitkan satira per se seperti yang ditegaskan pengkaji; transformasi budaya yang dimaksudkan hendaklah mencakupi transformasi dalam bidang kebudayaan per se. Untuk maklumat lanjut lihat per+se">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=per+se. | Tatabahasa | 21.12.2016 |
Satu per satu ATAU Satu persatu? Satu persepuluh ATAU Satu per sepuluh? | Cara penulisan yang betul ialah "satu per satu" yang bermaksud "satu demi satu" Cara penulisan yang betul ialah "satu persepuluh" yang bermaksud "satu daripada sepuluh" | Tatabahasa | 15.11.2017 |
Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan dari rangka motosikal / Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikal | Satu per satu komponen motosikal itu ditanggalkan daripada rangka motosikal. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
imbuhan pe dan per di hadapan kata 'lantik' dan 'letak'. (pelantikan/perlantikan) (perletakan/peletakan). Bagaimana hendak membezakan penggunaan imbuhan pe dan per. terima kasih.. | Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya, perburu -orang yang berburu. Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan. Kata "pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. Sdr dinasihat agar merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP. | Tatabahasa | 12.02.2009 |