Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata per encik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Encik Kumar telah menempah tiket kapal terbang ke England untuk mengurus perniagaannya. Perkataan 'mengurus' itu betul atau tidak?? atau perlu menggunakan perkataan 'menguruskan'..Kedua-duanya betul kerana membawa maksud yang sama iaitu;

mengurus =1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan me­ngendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis;
Tatabahasa17.10.2012
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019

1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut:

  1. Pegawai Imigresen
  2. Pegawai Imigresen Kanan
  3. Pegawai Imigresen Tinggi

2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah:

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen.

 

3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”.

 

4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah:

            i. rujukan surat:

                        DBP/173/14/4/K.3 (68)

            ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat”

a)    Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan 

b)    Kos cetak RM3.00/naskhah
        c)    22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai

Tatabahasa08.04.2019
Assalammualaikum en. Soalan saya: 1. Apakah pengganti yang sesuai untuk ayat " Memori Korporat" 2. Adakah "Susur Galur Korporat" mempunyai makna yang sama dengan "Memori Korporat"? 2. Apakah term yang sesuai yang boleh digunapakai untuk menggantikan "korporat?" Terima kasih EncikMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud korporat ialah berkaitan dengan syarikat atau per­badanan. Jika ingin menukar perkataan korporat, cadangan daripada pihak kami tuan boleh menggunakan perkataan syarikat.Istilah13.06.2019

Kembali ke atas