Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sino-Japanese Weekend Buffey Lunch Every Saturday Rm88 per adult | RM60 per chil For enquiries or reservations, please call +6 07 599600 Ext.8607 or email : fnbsec@palmresort.comSila kemukakan soalan tuan dengan jelas dalam Bahasa Melayu.
Lain-lain11.01.2018
bagaimana saya ingin membezakan penggunaan imbuhan diper- dan diper-kan contoh; jalan itu diperbesar atau jalan itu diperbesarkan, memper- dan memper-kan contoh ayat pihak tentera telah memperkuatkan kubu pertahanan atau memperkuat kubu pertahanan, pe-an dan per-an contoh ayat, pelantikan dan perlantikan, ada yang mengatakan per-untuk menunjukkan proses perkara itu dilakukan. 2. bagaimana untuk membezakan perkataan yang menggunakan imbuhan per- an dan pe-an. jika pihak tuan boleh menunjukkan proses /formula untuk membezakan penggunaan per-an dan pe-an, ramai yang keliru termasuk saya.1. Awalan diper- dan apitan diper-...-kan ialah bentuk pasif bagi kata kerja memper- dan memper-...-kan.  Awalan mempeR- pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR-. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 177 - 183. 
Apitan memper-...-kan Hanya golongan kata nama dan kata kerja yang boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Kata adjektif tidak boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Apitan memper-...-kan akan menghasilkan kata kerja pasif diper-...-kan. Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208 - 211.

2. Apitan pe-...-an dan peR-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran. Apitan peR-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat, seperti perkampungan dan perhentian. Apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa abstrak, Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya  seperti perakuan dan persengketaan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewa, halaman 126 - 129.
Tatabahasa30.03.2014
Yang manakah adalah ayat yang betul? Jika terdapat kesalahan, bolehkah tuan menerangkan sebab kesalahan tersebut: 1) gerai ini menjual pelbagai barangan daripada makanan, pakaian hingga barangan perhiasan. 2) kita sedang berada pada/di ketinggian 10 000 kaki 3) tambang dikenakan untuk/ke atas setiap penumpang setiap hala (per passenger per way) 4) bayaran penyertaan yang dikenakan kepada/ke atas/untuk setiap peserta ialah sebanyak RMXXX 5) nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan program kesetiaan kami terima kasih

1. Gerai ini menjual pelbagai barangan seperti makanan, pakaian dan barangan perhiasan. (kata sendi nama 'daripada'  dan hingga tidak sesuai digunakan)
2. Kita sedang berada pada ketinggian 10,000 kaki (Sendi nama 'pada' dalam ayat ini  merujuk keterangan waktu atau masa manakala 'di' pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap)
3. Tambang pergi balik dikenakan kepada setiap penumpang (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek dan ke atas pula menunjukkan arah)
4. Bayaran penyertaan yang dikenakan kepada setiap peserta ialah RMXXX. (Sendi nama kepada merujuk kepada orang atau objek)
5. Nikmati lebih/lebih banyak ganjaran dengan proram kesetiaan kami (kedua-dua ayat ini betul)

Tatabahasa18.02.2018
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan yang mana betul. 1. satu per satu 2. satu persatu Terima kasih.Ejaan yang betul ialah satu per satu.Ejaan28.05.2012
Tuan, saya ingin bertanya: Manakah yang betul: tiga per lima . (muncul dalam Kamus Dewan Edisi Keempat m.s 56) ATAU tiga perlima .Ejaan yang betul ialah tiga perlima, dan tidak sama seperti ejaan satu per satu (yang bermaksud satu demi satu). Kami mohon maaf atas kesilapan yang berlaku.Tatabahasa06.08.2010
tuan/puan, soalan: terdapat beberapa kata akar yang dikatakan sebagai bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan(tatabahasa dewan 2008, p107) seperti tapa->per-tapa-an tawa->ke- tawa mudi->ke-mudi jikalau bentuk-bentuk per-an, ke- dikatakan bukan imbuhan, maka apa yang harus dipanggil tentang bentuk-bentuk itu?Bentuk-bentuk tersebut ialah imbuhan awalan, akhiran dan apitan.Tatabahasa02.09.2009
Tuan/Puan, Saya memerlukan cadangan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan berikut; 1. Energy-dense food Definisi energy-dense food: Energy-dense foods are defined as those with an energy content of more than about 225–275 kcal per 100 g food. ‘Energy density’ measures the amount of energy (in kcal or kJ) per weight (usually 100 g) of food. Contoh penggunaan dalam ayat: - Limit consumption of energy-dense foods. - Because of their water content, drinks are less energy-dense than foods. - Consumption of energy-dense foods and sugary drinks is increasing worldwide and is probably contributing to the global increase in obesity. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "energy-dense food ialah makanan penuh tenaga.Istilah08.09.2016
harap pihak tuan dapat memberikan suku kata yang tepat untuk perkataan berikut: 1)santapan 2)memperolehi 3)Allah 4)mengisi 5)kebaikan 6)permainan 7)dunia 8)kaum tq

Saudara Asmazaira,

Suku kata yang tepat adalah seperti yang berikut:

i. san.ta.pan ii. mem.per.oleh (bukan memperolehi) iii. Al. lah  iv. me.ngi.si   v. ke.bai.kan vi. per.mai.nan

vii. du.nia  viii. kaum

Ejaan15.04.2010
Tuan, Apakah ejaan yang betul untuk 2/3 ? a) dua per tiga b) dua pertiga Terima kasihEjaan yang betul dan tepat ialah dua pertiga.Tatabahasa30.05.2017
Soalan di lampiran

Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia).

Pembentukan akronim YAPEIM dibuat dengan mencantumkan suku kata pertama bagi perkataan pertama dengan huruf awal perkataan-perkataan yang berikutnya, dengan penyeragaman penggunaan keseluruhan huruf besar bagi nama khas. Oleh yang demikian pembentukan akronim YAPEIM betul dan boleh digunakan. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 105 - 106.

Tatabahasa20.11.2024
12345

Kembali ke atas