Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ka.man] | ڤراقمن

Definisi : proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ka.man] | ڤراقمن

Definisi : perbuatan (hal dsb) merakam atau merakamkan: ~ lagu itu akan dibuat esok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakam
Kata Terbitan : merakam, merakamkan, terakam, rakaman, perakaman, perakam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamus Dewan Perdana (KDP) menggolongkan "sebab" sebagai kata hubung. Adakah ini betul mengikut tatabahasa Melayu atau pengkelasan kata ini hanyalah satu perakaman mengikut bahasa pasar Melayu? Jawapan daripada Khidmat Nasihat yand tersedia juga mengelirukan. DBP perlu segera mengemas kini jawapan yang sudah tidak relevan.1. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan dua kelas kata bagi kata "sebab", iaitu kata nama dan kata hubung mengikut pecahan makna masing-masing. Kamus ialah perakam penggunaan kata bagi sesuatu kata yang digunakan oleh masyarakat. Kamus bukanlah rujukan tatabahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan, khususnya dalam memberikan jawapan tepat dalam peperiksaan.

2. Jawapan Khidmat Nasihat sedang dikemas kini oleh DBP. Usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah, banyak kuantitinya, rencam sifatnya dan pelbagai kategorinya. Selain melibatkan sistem/program komputer, tugas ini juga melibatkan bilangan petugas, kemahiran, ketelitian, masa dan kos yang tertentu. 
Lain-lain06.06.2024
Ada perkataan" alunai" dalam bahasa Malaysia? Apa maksud perkataan ini?Kata alunai masih belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaan sesuatu kata itu oleh masyarakat.Makna15.06.2025
Assalamualaikum. Apakah maksud kata terkejaran? Adakah tergolong dalam kata nama? Terima kasihKata “terkejaran” masih belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.Makna19.05.2025
Adalah Kamus Dewan merupakan kamus "descriptive" atau "prescriptive"?Kamus terbitan DBP adalah berdasarkan kepada sesuatu kata masukan/entri bagi kamus tersebut yang adakalanya bersifat deskriptif dan adakalanya bersifat preskriptif. Terdapat peraturan dan rumus yang telah ditetapkan dan perakaman juga berdasarkan data yang diperoleh dan sistem penyusunan maklumat kamus berkenaan.Makna21.08.2024
Dalam PRPRM, "ianya" dikatakan ialah bentuk penggunaan kata ganti nama diri yang salah tetapi dalam KAMUS DEWAN PERDANA ada masukan tersebut yang menyatakan sebaliknya. Bukankah itu mengelirukan?Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 796), kata 'ianya' dimasukkan/dirakamkan kerana kata ini hadir dalam penggunaan masyarakat penutur bahasa Melayu, khususnya dalam karya-karya klasik. Sila lihat contoh penggunaan kata 'ianya' yang diberikan dalam kamus ini. Bandingkan juga contoh penggunaan bagi kata 'ia'.

Perakaman makna dalam kamus umum seperti Kamus Dewan Perdana adalah berdasarkan penganalisisan data korpus yang menggambarkan pemakaian kata pengguna bahasa Melayu berbeza daripada perakaman makna dalam kamus pelajar yang bertujuan memberikan panduan dalam pengajaran dan pendidikan. 

Kamus merupakan alat perakam dan penyimpanan data sesuatu bahasa, berbeza dengan buku tatabahasa yang memberikan rumus dan panduan penggunaan bagi sesuatu kata.
Lain-lain30.06.2022
Sy menemukan perkataan "panah liang" dlm kamus Wilkonson yg merujuk kpd sj tebuan besar berbisa yg biasa hidup di dalam tanah. Perkataan ini sepertinya sepadan dgn perkataan "yellow-jacket" yg belum ada dlm catatan dbp, jg merujuk kpd sejenis tebuan berbisa.

Frasa "panah liang" masih belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP. Kami perlu membuat analisis data bagi mendapatkan padanan atau makna yang tepat bagi frasa tersebut. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.

Penyelidikan25.05.2025
Pengggunaan Perkataan "Penasihatan" yang tiada di dalam Kamus DBP. Pihak kami (UiTM) sedang merangka satu Garis Panduan Akademik di mana ianya melibatkan penggunaan perkataan Penasihatan yang telah digunapakai oleh beberapa IPTA bagi Garis Panduan Penasihatan Akademik. Hasil semakan di dalam Kamus DBP secara dalam talian, kami dapati tiada maksud penggunaan Penasihatan. Adakah boleh sekiranya perkataan tersebut dimasukkan di dalam kamus DBP dan seterusnya ianya boleh digunakan di dalam penggunaan garis panduan kami dan juga IPTA lain. Terima KasihCadangan perakaman kata baharu iaitu "penasihatan" akan dipertimbangkan oleh sidang editor perkamusan untuk dirakamkan dalam kamus ekabahasa terbitan DBP yang terkini. Tiada halangan bagi penggunaan kata tersebut kerana kata ini mematuhi morfologi atau pembentukan kata bahasa Melayu, serta menepati makna dan konteks penggunaannya.Lain-lain12.07.2024
Peluncuran dan Pelancaran Perkataan peluncuran dengan maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian. Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Dalam konteks ini, perkataan peluncuran mengalami peluasan makna. Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, perkataan ini tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Berdasarkan data penggunaannya, makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Sehubungan dengan perkara tersebut, hamba tidak mendapati "... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020" tiada dalam Kamus Dewan Perdana ms 1367. Sila berikan pencerahan tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.Makna baharu yang layak untuk dimasukkan (mengikut piawaian yang telah ditetapkan DBP) akan terakam dalam kamus terbitan DBP yang seterusnya. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang mengumpulkan kata dan makna baharu setiap hari (termasuk makna baharu "peluncuran") untuk menjadi calon kata masukan atau makna baharu dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua.

"... makna ini baru dirakamkan dalam kamus paling mutakhir DBP..." ini merujuk kata "pelancaran" (kata yang menjadi contoh perbandingan) yang membawa makna merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program. Kamus terdahulu tidak merakamkan makna ini.

Justeru berkaitan hal tersebut, masyarakat juga boleh menyumbang atau membuat cadangan kata atau makna baharu melalui Gerbang Kata; Saran Kata di http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. yang dipautkan di Pusat Rujukan Persuaratan Melayu (PRPM).
Makna05.07.2024
Mengapakah perkataan "menghayun" tidak dijumpai dalam Kamus Dewan? Adakah perkataan tersebut salah? Jika apakah perkataan yang betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) tidak merakamkan kata "hayun" dan terbitannya. Kata yang terakam ialah "ayun" dan kata terbitannya (termasuk mengayun). Kamus Dewan (1970) merakamkan kata "hayun" dirujuksilangkan ke "ayun".

Namun, rujukan yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) merakamkan kedua-dua kata tersebut iaitu "ayun" dan "hayun" serta kata terbitannya (termasuk mengayun dan menghayun). Perakaman kedua-dua kata ini adalah mengikut data korpus penggunaan kata tersebut dalam masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pentakrifan kata-kata tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 162-163 dan 753-754 kamus ini.
Ejaan16.11.2023
Adakah wujud perkataan ‘pengkumur’ untuk menggantikan perkataan ‘mouthwash’? Saya terpanggil untuk menyemak setelah melihat penggunaan perkataan ini dalam satu iklan ubat kumur di media massa. Untuk imbuhan peng, apakah hukum (rules) imbuhan secara umum? Mengikut pemahaman saya, untuk perkataan bermula dengan k, huruf k digugurkan apabila imbuhan peng ditambah (prefix). Eg: kawal - pengawal. Adakah huruf k dikekalkan hanya untuk kata pinjaman? Eg: katalog - pengkatalogan. Bagaimana pula dengan perkataan kelas yang merupakan kata pinjaman inggeris ‘class’ namun menjadi pengelasan dan bukannya pengkelasan. Adakah terdapat faktor tambahan dalam kes ini?

1. Kata pengkumur masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Berdasarkan korpus, kata pengkumur mulut untuk ‘mouthwash’ adalah lebih tinggi kekerapannya berbanding pengumur. Dari segi semantik jika menggunakan perkataan pengumur, makna pertama yang muncul dalam minda masyarakat ialah perkaitan makna dengan kata akar umur, berbanding apabila menggunakan pengkumur, masyarakat akan terus mengaitkan makna bagi kata akar kumur.

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 109, huruf p, t, k, s pertama pada kata dasar yang bercantum dengan awalan  peN-, huruf pertama tersebut akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama pada kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut.

Contoh: pemukul (pukul), penahan (tahan), pengarang (karang) dan penyelam (selam).

2. Huruf pertama pada kata dasar yang bercantum dengan apitan peN-…-an tidak akan luluh untuk kata pinjaman seperti penkatalogan.

Contoh lain: pemprosesan (proses), pengkateran (kater),  dan pemvetoan (veto).

(rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 107-111)

3. Walau bagaimanapun, kata asing yang telah terserap dalam bahasa Melayu, huruf pertama kata dasarnya akan luluh apabila menerima imbuhan apitan peN-…-an.

Contoh: penyeteman (setem), pengelasan (kelas), penelefon (telefon).

Tatabahasa08.06.2024
123

Kembali ke atas