Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.kuan]/[per.a.kuan] | ڤراکوان

Definisi : 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.kuan]/[per.a.kuan] | ڤراکوان

Definisi : hasil atau hal memperakukan: ~ pihak Sirim perlu didapatkan sebelum sesuatu barang boleh dijual kpd pengguna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perakuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuanAyat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan.

"Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan."

Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pa­wang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau man­teranya);

Tatabahasa14.06.2013
Selamat Pagi. Saya ingin mendapatkan persetujuan/perakuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Nama Bangunan/Skim Pembangunan. Saya akan berasa sukacitanya sekiranya tuan/puan dapat memberitahu tatacara mendapatkan surat tersebut.Surat ini diwajibkan oleh Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain21.11.2011
makna melayu bagi perkataan inggeris "reccommendation"Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, recommendation bermaksud 1. cadangan, syor, perakuan 2. nasihat 3. kebaikanMakna10.02.2012
contoh surat rasmi kerajaan

Surat rasmi kerajaan biasanya ada perkara-perkara berikut :

Logo dan alamat lengkap institusi pengirim, nama penerima (kiri), rujukan dan tarikh (kanan), sapaan (kiri), perkara (kiri), perenggan penanda wacana, perenggan sokongan, perenggan penutup, slogan (kiri), perakuan (kiri), tandatangan berserta nama dan jawatan (kiri), parap (kiri).

Sila rujuk format surat rasmi oleh INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain15.01.2009
As salam / selamat sejahtera, Situasi: Ketua Syarikat bergelaran Datuk. Salutasi yang selalu digunakan untuk surat menyurat ialah YBhg. Datuk. Apabila dia meninggalkan tugas atas urusan rasmi, seorang pengganti telah dilantik untuk menjalankan tuga s-tugas beliau. Pengganti tersebut bukan bergelaran Datuk. Soalan saya: Dalam penyediaan dokumen untuk perakuan Ketua Syarikat (di mana dokumen tersebut akan diperakukan oleh pengganti sebagai mewakili Ketua Syarikat), apakah salutasi yang patut digunakan di dalam surat tersebut? Adakah kami perlu menggunakan YBhg. Datuk juga atau tuan sahaja. Mohon nasihat. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat).

Bagi situasi tersebut, saudari boleh menggunakan perkataan "tuan".
Tatabahasa18.07.2013
salam sejahtera bagaimanakah caranya saya boleh mengetahui bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan.

Terima kasih kerana berminat dalam bidang penulisan. Untuk makluman saudara, setiap karya yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka akan dinilai oleh editor dan penilai pakar untuk menentukan sama ada karya tersebut wajar diterbitkan. Pegawai projek akan memaklumkan kepada saudara secara bertulis sama ada karya tersebut diperakui penerbitannya oleh penilai. Untuk makluman saudara, sekiranya karya tersebut layak diterbitkan atas perakuan penilai, pengurus projek akan menyediakan laporan manuskrip untuk diajukan kepada mesyuarat Jawatankuasa  Editorial  dan Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. Saudara akan dimaklumkan secara bertulis tentang keputusan daripada kedua-dua jawatankuasa tersebut.

Lain-lain11.03.2008
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih.Salam sejahtera,
Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan.
Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini,  penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu  tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya.
Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis.
Lain-lain08.01.2012
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai Penerbitan Buku. Saya mempunyai dua Manuskrip Buku dalam bidang Sains Sosial yang berhasrat ingin menerbitkannya dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagaimanakah saya berurusan mengenai Penerbitan Buku ini. Terima Kasih. Ibrahim Musing.

Assalamualaikum,

                           Saya mohon saudara kemukakan kedua-dua judul yang berkenaan kepada kami untuk dibuat penilaian awal bagi melihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau sebaliknya. Bahan tersebut hendaklah diserahkan bersama-sama dengan disket berserta bahan iringan lain sekiranya ada. Sertakan juga biodata saudara dan perakuan menyatakan bahan yang berkenaan adalah milik saudara dan bukan daripada hasil yang diciplak daripada tulisan orang lain. Serahkan bahan yang berkenaan kepada:

Ketua Editor, Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan, Tingkat 13, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

                           Bahan ini boleh juga dihantar melalui emel dengan menyertakan fail judul dan maklumat lain seperti di atas ke alamat emel kamsiah@dbp.gov.my

   Terima kasih

  

Lain-lain31.05.2010

Kembali ke atas